Ayam Sambal Sedap.
Assalammualaikum dan hai. Salam 1 Malaysia, Satu Keluarga Malaysia.
Resepi entri pada hari ini ialah masakan ayam sambal. Siapa di sini penggemar ayam? Ayam boleh di masak untuk pelbagai menu seperti masak merah, gulai cili api, grill atau di goreng sahaja jika malas.
boleh baca juga :Ayam Goreng Cili Api Garing.
Kebetulan tengah ari tadi masak , jadi akan di kongsikan perkongsian di sini.
Yang penting ianya mudah, cepat dan SEDAP.
Pada kali ini , penulis matchingkan menu sambal ayam dengan kangkung goreng.
Jom kita lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.
Bahan-bahan :
- 6 ketul ayam
- 1 batang serai
- 1/2 inci halia
- kunyit
- garam
- gula
- ajinomoto
- asam jawa
- 3 senduk cili kering
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 1 biji bawang besar
- minyak masak
- daun bawang
Cara penyediaan awalan:
- Ayam di basuh bersih, kemudian letakkan kunyit serta garam.
- Panaskan kuali, goreng ayam tersebut sehingga kekuningan dan separuh masak.
- toskan ayam apabila sudah masak.
bahan-bahan tumbuk:
- ambil 4 biji bawang merah, 1/2 inci halia, 2 biji bawang putih , kemudian tumbuk sehingga hancur.
- tumbuk 1 batang serai separuh hancur
bahan hirisan
- Daun bawang di hiris halus-untuk di letak pada sambal selepas siap masak
- 1 biji bawang besar di hiris-untuk di campur pada ayam
Cara masak ayam sambal sedap:
- Panaskan minyak yang telah di goreng ayam tadi. Kemudian tumis serai sehingga baik bau. Penulis memang akan letak serai, supaya nanti masakan ayam menjadi wangi.
- Kemudian, masukkan pula bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi. Tumis sehingga kekuningan.
- Masukkan 3 senduk cili kering. Tumis cili kering sehingga garing Jika minyak terkurang, boleh tambahkan minyak ye.
- Setelah hasil tumisan cili telah masak dan garing, masukkan air asam jawa. Penulis main agak-agak sukatannya. Jika tiada asam jawa, maka boleh letakkan 1 keping asam keping yang kecil.
- Perasakan dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula, apabila sambal telah masak.
- Letakkan ayam garam yang telah di toskan, letakkan juga 1 biji bawang besar yang telah di hiris. Kemudian gaul sehingga rata.
- Hidangkan , kemudian ambil daun bawang, gunting serta taburkan atas sambal tersebut.
Leave a Reply