• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Tips Pilih Baju Kurung Yang Betul.

by shazylin
December 18, 2021Filed under:
  • tips

Tips Pilih Baju Kurung.

Assalammualaikum dan hai.

Baju Kurung merupakan pakaian yang mesti ada di dalam setiap almari perempuan. Ini kerana sejak dari kecil kita sudah di ajar oleh ibu bapa kita untuk belajar memakai baju kurung yang melambangkan keayuaan si gadis.

Namun, tahukah anda, baju kurung bukan mudah untuk di pilih dan di gayakan jika tersalah langkah.

Anda suka baju kurung yang mana? Adakah anda tahu pemilihan baju kurung amat penting buat si pemakai untuk kelihatan ayu serta bergaya? Terdapat banyak aspek yang perlu di lihat sebelum kita memilih baju kurung antaranya adalah dari segi saiz tubuh badan serta warna kulit.

Boleh baca juga : Baju Kurung Popular 2022.

 

Dalam artikel ini akan di kupaskan satu persatu tips pilih baju kurung yang betul.

 

Saiz Tubuh Badan.

Tips Pilih Baju Kurung Yang Betul.

Saiz Tubuh Badan.

Cuba anda perhatikan saiz tubuh badan anda bagaimana? anda kurus dan tinggi atau anda kurus dan rendah ? ke anda gempal dan tinggi atau gempal dan rendah?

Jika anda kurus dan tinggi maka, hendaklah pilih  baju kurung corak garisan melintang serta memakai pakaian yang berwarna cerah. Tetapi seandainya anda kurus dan pendek, hendaklah memakai corak yang berilusi tinggi.

Jika anda gempal  , anda di sarakan untuk memilih baju kurung berwarna gelap supaya anda kelihatan langsing. Jika anda suka corak, wajib pilih corak bunga kecil, jangan pilih corak bunga besar, nanti akan menampakkan anda bertambah berisi.

 

Tips Pilih Baju Kurung Yang Betul.

Warna Kulit

Selain saiz badan, warna kulit muka juga merupakan aspek penting untuk memlih pakaian yang betul.

Jika anda berkulit cerah, warna baju yang sesuai ialah warna yang ceria dan terang. Elakkan memakai warna pastel bold seperti coklat dan biru muda kerana akan menampakkan muka anda pucat lesi. Sebaliknya perlu memilih warna pastel lembut

Jika anda berkulit sawo matang, warna yang sesuai ialah kuning dan hijau. Elakkan memakai warna kelabu kerana akan menyerlahkan kekusaman muka anda. Warna bold amat sesuai . Selain itu, hindari warna yang terlalu cerah kerana ianya akan menyebabkan anda kehilangan keyakinan diri.

Seandainya anda berkulit hitam manis, elakkan memakai baju berwarna gelap. Ini kerana akan menampakkan lagi kegelapan pada anda. Anda perlu memakai warna yang kontra dengan kulit anda.

 

Kesimpulan

Membeli baju kurung memang mudah, tetapi jika kita main hentam saja membeli , tanpa mengambil kira pelbagai aspek, rugi sesangat. Oleh itu, mulai sekarang , kita mesti mengikut tips yang betul, supaya bila memakai baju kurunf, secara automatik nampak semulajadi.

Tagged:
  • Tips Pilih Baju Kurung

Post navigation

Previous Post Ayam Kurma Simple & Sedap.
Next Post Tips Pilih Telekung Sesuai.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com