Baju Kurung Popular 2022.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sudah menjadi tradisi , baju kurung salah satu pakaian yang sangat popular tidak kira di mana kita berada. Pada zaman dahulu baju kurung hanya di pakai pada majlis tertentu sahaja, seperti majlis kenduri atau untuk bekerja, Pada zaman yang serba moden ini, tidak kira di mana saja anda berada, pemakaian baju kurung memang sudah trending untuk wanita pada zaman moden kelihatan ayu, manis serta sopan.
Reka bentuk baju kurung yang moden, yang pada masa sama boleh di jadikan blouse menyumbang faktor besar kenapa baju kurung begitu popular pada 2022 ini.
Dalam entri review kali ini, akan di senarai beberapa jenama baju kurung trending / popular 2022 mengikut bajet pada masa kini.
Artikel yang lepas ada membicarakan mengenai baju kurung idaman wanita yang sering hangat di perkatakan dan trending pencariaannya.
boleh baca : baju kurung idaman.
3 Tips Pemilihan Baju Kurung Popular 2022.
- MURAH
Orang perempuan ni, bila perasaan hendak membeli sesuatu, berhari – hari akan membuat kajian . Scroll kedai sana sini, tengok mana yang berkenan di hati. Survey merata.
Mencari baju kurung yang baik ialah bukan setakat material dan corak, tetapi juga harganya mesti mampu milik. Jika harga mahal, tetapi material jarang serta kain panas pn tiada gunanya buat si pembeli.
- MATERIAL SELESA, KAIN SEJUK
Kualiti kain yang selesa juga memainkan peranan penting si pemakai apabila ingin pergi keluar. Ini kerana, kain yang selesa, tidak jarang, tidak panas sangat di titikberatkan.
- ANTI KEDUT DAN MUDAH DI GOSOK
Memandangkan materialnya adalah High Quality Heavy Como Crepe, maka baju yang di pakai adalah anti kedut dan mudah di gosok. Pada zaman yang serba moden ini, kebanyakan wanita memilih baju yang mudah di pakai supaya tidak mudah kedut.
Setelah Ketahui 3 Tips Pemilihan Baju Kurung, Jom Kita Lihat Senarai Baju Kurung Popular 2022.
HASNURI
Terkenal dengan trademark HARI HASNURI, menjadikan HASNURI salah satu pilihan utama wanita serta keluarga pada masa kini, kerana menawarkan harga baju serendah RM50 untuk dewasa. HASNURI menyediakan baju yang trending, up to date serta membolehkan wanita serta keluarga merasai baju dengan material yang mahal tetapi harga yang berbaloi. Terletak di Iskandar Halal Park, kini membantu ramai rakyat Malaysia untuk meniaga samnil menjaga pendapatan sampingan. Anda BERMINAT dengan HASNURI? Boleh layari facebook mereka klik sini facebook serta laman sesawang mereka di hasnuri.com
QAMRAA
Siapa yang tidak kenal QAMRAA? Sebuah jenama yang mengeluarkan Dress, Jubah, Baju Melayu, Blouse, Shawl, Veil dan lain-lain. Qamraa telah diasaskan dan ditubuhkan sejak 2012 yang cukup TOP di kalangan peminatnya tersendri, termasuk juga penulis yang sukakan jenama ini.
QAMRAA juga ada mengeluarkan telekung sendiri yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
INFO LANJUT QAMRAA http://www.qamraa.com
J.LABELLA ATELIAR
Nama J.LABELLA ATELIAR sudah sinonim pada masa kini. Butik yang ekslusif, nampak mahal, pada hakikatnya memaparkan harga yang sangat murah Popular dengan promosi grab 2 free 1, ini adalah strategi J.LABELLA ATELIAR. Di google pelbagai komen positif mengenai butik ini. Senang cerita Design dan warna baju cantik sangat. Kualiti Material Superb.
INFO LANJUT J.LABELLA ATELIAR https://www.jlabella.com.my/
ANGGUN COTTON COLLECTION
Anggun Cotton Collection mempunyai peminat tersendiri. Berpegang teguh pada moto ..”BAJU KURUNG SELEMBUT KAPAS”, meletakkan material cotton mempunyai peminat pada masa kini. terdapat dua jenis baju kurung yang di jual iaitu plain dam corak bunga. Jenama ini semakin kian di kenali di mata masyarakat.
INFO LANJUT ANGGUN COTTON COLLECTION https://www.angguncollection.com/
MOFF COLLECTION
Ditubuhkan pada tahun 2009, mempunyai lebih daripada 5 tahun pengalaman di dalam memilih serta membekalkan fesyen pakaian wanita terbaik pada masa kini. MOFF COLLECTION telah berkembang menjadi salah satu butik dalam talian yang digemari di Malaysia.
INFO LANJUT MOFF COLLECTION https://www.moffcollection.com.my/
Leave a Reply