• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ikan Selar Goreng Cili Api.

by shazylin
December 16, 2021December 17, 2021Filed under:
  • resepi

Ikan Selar Goreng Cili Api.

Assalammmualaikum dan hai.

Entri resepi kali ini merupakan menu yang simple tetapi akan menambahkan nasi banyak kali ketika makan.

Siapa di sini suka makan ikan selar ? Ikan Selar boleh di jadikan pelbagai resepi di dalam masakan, tetapi kali ini adalah perkongsian mengenai Ikan Selar Goreng Cili Api. Menu ini boleh di kombinasikan dengan sawi goreng Terus terangkat !

 

Boleh baca juga : Ayam Goreng Cili Api Garing.

 

Jom lihat bahan-bahan serta bagaimana cara membuatnya.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ikan selar
  • 1 batang serai
  • segenggam cili api
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • minyak masak
  • garam
  • kunyit
  • kicap manis.
  • asam jawa
  • ajinomoto
  • daun kari
  • daun limau purut
  • belacan

Cara-cara penyediaan awalan: (Bahagian ikan)

  • Pertama. ambil 3 ekor ikan, bersihkan. Kemudian letakkkan garam serta kunyit, gaulkan sehingga sebati
  • Kedua, panaskan minyak, goreng ikan selar tersebut sehingga garing.
  • Ketiga, setelah masak dan garing, angkat ikan dan toskan.

Cara-cara penyediaan bahan cili api untuk lada ikan.

  • Pertama, ambil 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, serta sedikit belacan tumbuk sehingga halus.
  • Kedua, tumbukkan segenggam cili api sehingga lumat bersama-sama dengan bahan yang pertama tadi. Kemudian, keluarkan bahan tadi, masuk di dalam mangkuk.
  • Ketiga, tumbuk kasar serai-tujuan untuk naikkan bau.

 Jemput baca :Ayam Goreng Cili Api Garing.

CARA-CARA MEMASAK

  • Pertama, panaskan minyak yang di gunakan semasa goreng ikan selar tadi. Kemudian, masukkan serai serta daun kari. Tumis sehingga naik bau.
  • Kedua, masukkan bahan cili api yang telah di tumbuk tadi. Tumis sehingga naik bau dan cili api betul-betul masak. Jika cili belum masak sepenuhnya, akan menyebabkan sakit perut yang melampau.
  • Ketiga, letakkan air asam jawa, kacau. Kemudian perasakan dengan garam serta ajinomoto.
  • Keempat, bila sambal betul-betul telah di perasakan, letakkan sedikit kicap manis, daun limau.
  • Kemudian masukkan ikan selar yang telah di toskkan minyak,  dan gaul sekali je bagi sambal rata pada ikan tersebut. Angkat, sedia untuk di hidangkan.

 

GAMBAR SETELAH SIAP MASAK:

Ikan Selar Goreng Cili Api.

 

Sekian, entri resepi pada kali ini.

 

Tagged:
  • Ikan Selar Cili Api Garing

Post navigation

Previous Post Testimoni Baju HASNURI Collection.
Next Post Baju Kurung Popular 2022.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com