• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Tanda Dan Gejala COVID-19 .

by shazylin
December 29, 2021Filed under:
  • info

Tanda Dan Gejala COVID-19

Assalammualaikum dan hai

Di dalam artikel info ini adalah perkongsian mengenai Tanda Dan Gejala COVID-19.

Sebelum di ulas mengenainya, jom kita ketahui apa sebenarnya Covid-19 ini.

 

Covid-19

Covid-19 adalah satu penyakit virus yang berasal dari China bermula tahun 2019. Virus ini menyerang manusia dengan cara yang berbeza. Jika golongan yang mempunyai antibodi yang lemah , agak mudah sebenarnya ia di jangkiti.

Boleh di kesan apabila seseorang tersebut alami simpton seperti batu, demam, keletihan dan paling teruk ialah hilang deria rasa.

Virus ini boleh berjangkit melalui pernafasan serta sentuhan.

 

Pelaksanaan Apps My sejahtera

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Apps My sejahtera semasa Malaysia menghadapi gelombang penyakit Covid-19 yang merebak bukan sahaja di negara kita, bahkan 1 dunia menghadapinya.

Ia merupakan satu medium yang di bangunkan oleh kerajaan Malaysia bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk membolehkan rakyat mendapatkan pelbagai info terkini yang sentiasa di update oleh kerajaan untuk rakyat supaya rakyat dapat menjaga kesihatan mereka sepanjang wabak melanda.

Di antara fungsi apps ni adalah salah satunya dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian covid-19 yang semakin mengganas. Selain itu, membantu penduduk mendapatkan temu janji vaksin secara online dengan mudah apabila install.

Di samping itu, dengan adanya apps ini, ia dapat membantu setiap premis untuk membenarkan check in setiap orang memasuki premis mereka. Dengan ini, seandainya terdapat kes di tempat tersebut, mudah kerajaan untuk mengenalpasti segala kontak rapat hanya melalui data check in yang di lakukan oleh orang ramai.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah mengemaskini app tersebut dengan mewujudkan button check out, tetapi malangnya ramai yang terlupa check out. Maka ramai yang membuat rungutan mengenai appas tersebut.

Jadi, kerajaan Malaysia lagi sekali telah update apps My sejahtera iaitu dengan mewujudkan MySejahtera Trace dan menghapuskan button check out.

boleh baca : MySejahtera Trace Ciri Baru My Sejahtera.

boleh juga kunjungi : https://covid-19.moh.gov.my/

 

Tanda Dan Gejala COVID-19 .

Gejala-gejala COVID-19 adalah tidak spesifik dan mereka yang dijangkiti sama ada boleh asimtomatik atau mengalami selesema seperti gejala seperti demam, batuk, keletihan, sesak nafas, atau sakit otot. Tanda-tanda dan gejala-gejala biasa dan kelaziman mereka ditunjukkan dalam jadual yang sepadan.[201]

Perkembangan selanjutnya boleh membawa kepada radang paru-paru yang teruk, sindrom kesusahan pernafasan akut, sepsis, kejutan septik, dan kematian. Sesetengah daripada mereka yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan gejala klinikal, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal, jadi penyelidik telah mengeluarkan nasihat bahawa mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti yang disahkan harus dipantau dan diperiksa dengan teliti untuk mengesahkan jangkitan.[202][203][204][25]

Tempoh inkubasi yang biasa (masa antara jangkitan dan permulaan gejala) adalah antara satu hingga empat belas hari; ia biasanya lima hari.[205][206] Dalam satu kes, ia mempunyai tempoh inkubasi selama 27 hari.

 

Cara Pencegahan Covid-19

Pihak WHO telah menggariskan beberapa panduan yang boleh di ikuti oleh orang ramai bagi mencegah . Antaranya ialah;

  • Jangan berada di kawasan yang begitu sesak terlalu lama. Contohnya jika anda berada di pasar raya, hendaklah segera untuk pulang dan jangan menyinggah ke tempat lain.
  • Kerap cuci tangan dan bersihkan diri. Virus ini mudah menyerang jika kita abaikan kebersihan. Di dalam Islam sendiri telah menggariskan bahawa kebersihan menjadi titik utama di dalam ISLAM. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri.
  • Pakai mask. WHO juga menggariskan jika kita berada di tempat awam, hendaklah memakai mask. Tujuan memakai mask agar kita terlindung dari kuman di udara. Katakan anda berada di kawasan awam, dan tetiba ada orang bergejala bersin dan kita berada di persekitarannya, secara tidak langsung virus mudah terkena pada kita.

 

Penutup

Jumlah kes harian di Malaysia membimbangkan. Ini kerana terdapat varian baru yang di beri naam Omicron. Di katakan bahawa ini menyerang lagi ganas berbanding Virus sebelumny.

Jadi kerajaan telah berusaha dengan memaksa rakyat agar mengambil suntikan vaksin bagi memperkuatkan lagi antibodi seseorang.

Sesungguhnya datangnya satu penyakit itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosa lalu. Justeru itu, kita hendaklah sentiasa muhasabah dan mendekatkan diri dengan Pencipta kita yang mengetahui apa yang ada di langit serta bumi pada ketika ini.

Janganlah lalai dan leka. Sesungguhnya semua kemusnahan di muka bumi ini adalah di sebabkan juga oleh tangan-tangan manusia yang menzalimi perintah PenciptaNya.

Tagged:
  • https://covid-19.moh.gov.my/
  • Tanda Dan Gejala COVID-19

Post navigation

Previous Post Bihun Goreng Singapore Simple.
Next Post Mybayar Saman : Cara Daftar Dan Bayar.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 ยท Shazylin.com