Bihun Goreng Singapore.
Assalammualaikum dan hai.
Bihun Goreng Singapore merupakan resepi yang ringkas dan mudah. Makanan yang sesuai di makan pada waktu pagi atau petang.
Selalunya bihun goreng yang kita lihat adalah berwarna merah, tetapi kali ini bihun ini adalah berwarna putih serta di tambah dengan lada sulah dan lada hitam.
Bahan yang ringkas serta boleh di makan oleh kanak-kanak.
Selain menggunakan lada sulah dan lada hitam, penulis juga letakkan bebola daging, ayam serta sayur.
boleh baca juga : Bihun Goreng Sedap Dan Ringkas
Jom penulis kongsikan resepinya.
Akan di nyatakan bahan-bahan , cara penyediaan dan bagaimana untuk memasak.
Penulis masak untuk bilangan 2 orang makan.
Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
- 1/2 bungkus bihun
- 6 biji bebola daging
- 2 keping isi ayam
- 4 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 2 biji cili api
- serbuk lada sulah
- serbuk lada hitam
- garam
- ajinomoto
- lobak
- kobis
- minyak masak.
- kicap manis pedas MAHSURI
Cara Penyediaan Awalan:
- Pertama, 1/2 bungkus bihun di rendam dengan air panas. Apabila bihun sudah lembut, tapiskan bihun tersebut.
- Kedua, 6 biji bebola daging di potong empat dan 2 keping isi ayam di potong dadu , di bersihkan.
- Ketiga, 4 biji bawang merah , 1 biji bawang putih dan 2 biji cili api di tumbuk sehingga halus.
- Keempat, sayur lobak dan kobis di potong. Kemudian basuh, bilas serta toskan airnya.
Cara Memasak Bihun Goreng Singapore.
Pertama, minyak masak di panaskan. Kemudian masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi iaitu 4 biji bawang merah , 1 biji bawang putih dan 2 biji cili api. Tumis sehingga naik bau.
Kedua, masukkan 6 biji bebola daging di potong empat dan 2 keping isi ayam yang telah di potong. Masak kesemuanya. Selepas itu masukkan sayur lobak dan kobis di potong. Kacau sehingga masak.
Ketiga masukkan garam, ajinomoto, sedikit serbuk lada sulah , sedikit serbuk lada hitam dan satu sudu kicap manis pedas. kacau sehingga naik bau dan bahan sama rata.
Keempat, masukkan bihun yang telah di toskan airnya. Kacau lagi sehingga kesemua menjadi rata.
sedia untuk di hidangkan.
Untuk juadah ini, penulis menjamu selera dengan kopi o panas. Terasa hangat dan berpeluh bila makan.
Sekian , entri masakan untuk perkongsian.
Leave a Reply