• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Bihun Goreng Sedap Dan Ringkas.

by shazylin
December 25, 2021Filed under:
  • resepi

Bihun Goreng Sedap.

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi kali ini adalah sarapan pagi yang mudah serta yang agak di gemari oleh orang ramai.

Apabila menyebut tentang bihun, maka ramai akan search dan google resepi paling senang, mudah dan paling penting sedap.

 

 

baca juga : Bakso Ringkas

 

Pada kali ini, menu adalah bihun.

Siapa di sini peminat makanan tersebut?

Bila di goreng sudah tentu akan ada sayur . Jadi penulis menggunakan kobis sebagai sayur. Manakala kebanyakan rencah, ramai akan meletakkan isi ayam. Pada entri ini, resepi ini akan di rencahkan dengan isi bebola daging serta fish ball.

Akan di kongsi mengenai bahan-bahan serta cara penyediaan dari awal sehingga akhir. Jom tengok.

 

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun
  • 15 biji bebola daging
  • 1 bungkus fish ball
  • suku sayur kobis
  • setengah genggam ikan bilis
  • 4 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 2 senduk cili kering
  • 5 sudu sos cili
  • 3 sudu kicap manis pedas jenama MAHSURI
  • garam
  • ajinomoto
  • minyak masak

 

Cara awalan penyediaan :

  • 1 bungkus bihun di rendam air panas. Apabila sudah kembang, tapis serta bilas dengan air. kemudian toskan airnya.
  • 15 biji bebola daging serta 1 bungkus fish ball di potong dua. Fishball di cuci serta di toskan airnya,
  • 4 biji bawang besar, 2 biji bawang putih serta segenggam ikan bilis di tumbuk sehingga hancur.
  • sayur kobis di potong , basuh serta toskan air.

 

 

Cara Masak Bihun Goreng Sedap.

Cara Masak Bihun Goreng Sedap.

  • Pertama , pasaskan minyak di dalam kuali. Kemudian masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi iaitu bawang beserta ikan bilis. Tumis sehingga naik bau.
  • Kedua, masukkan 2 senduk  cili kering. Tumis cili kering sehingga kering. Kemudian masukkan 15 biji bebola daging serta 1 bungkus fish ball di potong dua. Kacau.
  • Ketiga, masukkan 5 sudu sos cili serta 3 sudu kicap manis pedas jenama MAHSURI. Kacau. Letakkan setengah cawan air panas dan kacau lagi.
  • Keempat setelah mendidih, letakkan sayur kobis, garam dan ajinomoto.
  • Kelima, masukkan bihun yang telah di toskan air, kemudian kacau sehingga rasa.
  • Keenam, apabila sudah masak, boleh di angkat serta di hidangkan.

 

Resepi ini penulis hidangkan bersama sama dengan kopi o panas ketika menjamu selera.

 

selamat mencuba ye.

 

 

Tagged:
  • Bihun Goreng Sedap

Post navigation

Previous Post Vitamilk Anggur Pilihan Terbaik 2022!.
Next Post Ayam Goreng Tepung Gandum.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com