• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ayam Goreng Tepung Gandum.

by shazylin
December 25, 2021Filed under:
  • resepi

Ayam Goreng Tepung Gandum.

Assalammualaikum dan hai.

Bila sebut pasal ayam goreng, mesti kalian akan terlintas di fikiran , terlalu rumit untuk membuat. Akhirnya ambil keputusan start enjin kereta , keluar mencari yang sedia ada seperti KFC, MCD atau ayam goreng RM1.

Sebenarnya untuk membuatnya sangat  mudah dan tidak perlu memikir bahan yang terlalu rumit.

Penulis ambil resepi ini dari ibu sendiri. Dia kata macam nie

” tak perlu nak pakai tepung bestari, telur bagai, guna je apa ada”. 

Jadi sis tanya sekian, sekian bahan untuk di share di dalam entri resepi kali ini.

Mana tahu ada yang suka dan teringin untuk mencuba. Boleh untuk mencuba.

Resepi kali ini, penulis menjamu selera dengan masakan masak lemak paku pakis. Pada entri yang terdahulu ada di kongsi resepinya.

Boleh baca: Masak Lemak Paku Pakis

 

Seperti biasa, akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan dan kaedah memasak.

Pertama kali kita lihat dahulu bahan-bahannya adalah seperti berikut:

 

Senarai bahan-bahan:

  • 6 ketul ayam
  • serbuk lada hitam
  • gula pasir
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • tepung gandum
  • air masak secukupnya
  • garam
  • gula
  • minyak masak

Cara Penyediaan Ayam Goreng Tepung Gandum.

  • Pertama ialah, 6 ketul ayam tidak kira bahagian isi atau tulang, di basuh bersih dan toskan airnya dahulu.

 

  • Kedua ialah 4 biji bawang merah dan 2 biji bawang putih di tumbuk sehingga halus.

 

  • Ketiga, bahan yang telah di tumbuk halus tersebut di masukkan ke dalam mangkuk bersaiz sedang. Kemudian ambil tepung gandum, penulis agak-agak sama banyak dengan ayam letakkan dan letak air masak secukupnya.

 

  • Keempat, letakkan sedikit garam , serbuk lada hitam dan dua sudu gula pasir. Kemudian gaul semua bahan tersebut sehingga sebati.  Jika tepung terlalu cair, boleh di tambah tepung, jika tepung terlampau likat boleh tambah air. Kacau sehingga adunan tepung sebati seperti kita hendak buat cekodok. Rasakan sama ada cukup perasa atau tidak.

 

  • Kelima, apabila sudah cukup perasa semua, letak ayam yang telah di toskan tadi didalam adunan tepung tersebut. Gaul sehingga rata dan menutupi semua isi ayam dan perap 1 -2 jam.

 

 

Ayam Goreng Tepung Gandum.

Cara Memasak Ayam Goreng Tepung Gandum.

  • Pertama, panaskan minyak yang secukupnya di dalam kuali.

 

  • Kedua, masukkan ayam yang telah di perap tadi di dalam kuali apabila minyak sudah masak. Goreng sehingga kekuningan dan berbau wangi. Apabila sudah masak boleh di hidangkan bersama dengan menu yang lain juga.

 

 

 

sekian perkongsian pada hari ini.

Semoga resepi yang di kongsi di sini memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

 

 

Tagged:
  • Ayam Goreng
  • Ayam Goreng Tepung Gandum.

Post navigation

Previous Post Bihun Goreng Sedap Dan Ringkas.
Next Post MySejahtera Trace Ciri Baru My Sejahtera.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com