Mybayar Saman.
Assalammualaikum dan hai.
Apabila posman datang rumah dan anda terima surat cinta saman, mesti pening kepala. Bayangkan jumlah yang hendak di bayar boleh tahan harganya.
Saman adalah kesalahan yang di lakukan individu yang sedang memandu kereta sama ada melibatkan had kelajuan, atau kesalahan yang lain seperti tidak memakai tali pinggan kaledar , lesen dan roadtax mati atau sebagainya,
Apabila si pemandu terkena saman, maka berpinar mata untuk membayarnya.
Sempena dengan sambutan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia , pihak JPJ Dan PDRM menawarkan diskaun saman.
Bagi memudahkan orang ramai untuk membayar saman, pihak PDRM telah melaksanakan satu apps bagi membolehkan pembayar saman menbayar saman hanya di hujung jari sahaja tanpa perlu beratur panjang di kaunter.
Apps tersebut adalah bernama Mybayar Saman.
Mybayar saman bole di install di aplikasi android dan iphone.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Cara daftar Mybayar Saman.
1.klik pautan https://mybayar.rmp.gov.my/en/registration.
- Akan keluar pautan seperti di bawah. Anda di minta untuk pilih sama ada ingin daftar sebagai individu atau syarikat.
- Sekiranya anda memilih individu, anda di minta isi no.kad pengenalan,nama penuh, alamat, email dan masukkan nombor telefon.
- Sekiranya memilih syarikat, butiran seperti no.pendaftaran syarikat, alamat seperti di dalam ssm, nama pegawai untuk di hubungi serta no.telefon.
- Selepas selesai isi segala butiran, tekan butang next.
- Seterusnya anda akan mendapat pengesahan OTP melalui nombor telefon yang telah anda daftarkan pada awal permulaan tadi.
- Sila setkan password anda. Pastikan password anda tidak di kongsi dan di dedahkan kepada orang lain.
- Jika password anda tiada masalah, maka pendaftran anda akan berjaya dan boleh log in guna telefon atau laptop.
- Link download/muat turun apps My saman-IPHONE : klik sini
- Link download/muat turun apps My saman-ANDROID : klik sini
Cara Login Mybayar Saman.
- Setelah anda berjaya daftar, anda boleh memulakan langkah pertama iaitu dengan log in apps tersebut.
- Anda perlu memasuki nombor kad pengenalan *jika individu* atau nombor pendaftaran ssm *jika syarikat* , kemudian masukkan kata laluan yang telah di setkan . Dan anda boleh lihat jika anda ada saman. Boleh juga bayar online.
Tempoh Diskaun Saman
Kerajaan Malaysia telah memutuskan tempoh pembayaran saman bagi diskaun ialah sehingga 31/12/2021. Pembayaran boleh di lakukan sama ada di kaunter atau pun menggunakan apps .
Senarai Saman YANG LAYAK MENDAPAT DISKAUN?
Berikut ialah senarai saman yang layak mendaoat diskaun antara 70%-80%.
- Saman Kemalangan Tahun 2021
- Saman Berstatus NC (Non-Compoundable)
- Saman Berstatus Bicara Mahkamah
- Saman Berkait Kenderaan Lori
- Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya / Potong ‘Q’ Tahun 2021
- Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Keceasan Tahun 2021
- Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
- Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
- Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
Soalan lazim Mybayar Saman
- Yang layak daftar ?
individu yang berumur 18 tahun keatas , merupakan rakyat malaysia.
- kesan jika saman tertunggak?
Kesan jika saman tertunggak menyebabkan pesalah akan di senaraihitamkan dan seterusnya waran tangkap akan di keluarkan sehingga pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu tidak dapat di perbaharui.
Leave a Reply