• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Mee Goreng Basah Sedap Dan Pedas.

by shazylin
December 30, 2021Filed under:
  • resepi

Mee Goreng Basah Sedap.

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi pada hari ini mengenai satu lagi resepi yang melibatkan mee kuning.

Pada entri yang lepas ada di kongsikan mee goreng simple style bujang, di mana mee goreng yang kering seperti sytle mamak.

Boleh baca : Mee Goreng Sedap Resepi Bujang.

Mee goreng basah adalah jenis mee goreng yang berkuah lebih dan paling penting ketika makan tidak akan toleh ke kiri dan kanan. Yang akan menjadikan sedap ialah apabila kuahnya yang lebih di campuri dengan kicap dan sos. Sos untuk membuat resepi ini jangan di letak berlebihan, kerana rasa mee akan lari dan akan terasa sos sahaja nanti.

Di dalam resepi ini, penulis menggantikan ayam dengan bebola daging bagi menambahkan lagi keenakan dan kesedapannya.

Sementara untuk kicap pula, penulis akan menggunakan kicap manis pedas MAHSURI. Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk menambahkan cili api jika anda sukakan pedas.

Jadi penulis seperti biasa akan kongsikan senarai bahan, cara penyediaan awalan dan cara memasaknya sehingga jadi.

Jom kita lihat dulu senarai  bahan-bahanya :

  • 1 bungkus mee kuning
  • 10 biji bebola daging
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3 sudu cili kisar
  • segenggam taugeh
  • 2 batang sawi pakchoy
  • daun bawang
  • daun sup
  • sos cili
  • sedikit lada sulah serbuk
  • kicap manis pedas MAHSURI
  • Garam
  • ajinomoto
  • minyak masak
  • 1 cawan 1 panas.

 

Cara Awalan Penyediaan:

  • Pertama, 1 bungkus mee kuning di rendam, cuci sehingga minyak hilang. Kemudian toskan airnya.

 

  • Kedua, sayur taugeh dan sawi pakchoy di bersihkan dan toskan airnya

 

  • Ketiga, bebola daging di potong empat. Penulis suka potong 4, sebab mudah masaj dan tidak terlalu besar jika makan.

 

  • Keempat, daun sup dan daun bawang dihiris, kemudian cuci serta toskan airnya.

 

  • Kelima, 4 biji bawang merah dan 2 biji bawang putih di tumbuk sehingga halus.

 

Mee Goreng Basah Sedap Dan Pedas.

 

Cara Memasak Mee Goreng Basah Sedap Dan Pedas.

  • Minyak di panaskan secukupnya. Kemudian masukkan bebola daging dahulu. Kacau 2 kali, dan masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi. kacau bahan di tumbuk serta bebola daging bersama, supaya sebati sehingga tumisan masak.

 

  • Kedua, masukkan 3 sudu cili kering. Tumis sehingga lada masak. Kemudian masukkan 1 cawan air panas, garam, ajinomoto, kicap manis pedas Mahsuri, sos dan lada sulah. Anggaran kicap manis adalah dua sudu teh dan anggaran sos adalah 4 sudu. Kacau sehingga masak.

 

  • Ketiga, masukkan sayur seperti taugeh dan sawi pak choy yan telah di tapis. Masukkan juga mee kuning . Kacau sehingga sebati.

 

  • Keempat, apabila semua bahan telah sebati dengan mee, masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau sekejap dan kecilkan api sementara tunggu mee masak.

 

  • Kelima, apabila sudah sebati, boleh tutupkan api dan sedia untuk di hidangkan.

 

 

 

Hidangan mee goreng basah ini penulis hidangkan bersama dengan kopi o panas bagi menghangatkan lagi badan.

 

sekian, entri untuk resepi kali ini.

 

selamat mencuba!.

Tagged:
  • Mee Goreng
  • Mee Goreng Basah
  • Mee Goreng Basah Sedap.
  • Mee Goreng Sedap

Post navigation

Previous Post Mybayar Saman : Cara Daftar Dan Bayar.
Next Post Bantuan e-WALLET RM150 -eStart.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com