• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Solat Sunat AidilAdha-Panduan Lengkap.

by shazylin
July 8, 2022Filed under:
  • info

Solat Sunat AidilAdha-Panduan Lengkap.

Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi , begitu indah dengan kehadiran anak-anak yang ada mengambil kesempatan untuk pulang ke desa bagi meraikannya.

Sebilangan negeri ada yang meriah menyambutnya. Mana tidak meriah , adanya gotong royong untuk melaksanakan ibadah korbon selepas solat sunat di lakukan.

Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Kita disunatkan untuk melaksanakan ibadat korban.

 

Justeru, di dalam artikel ini akan di kongsikan mengenai panduan lengkap bagaimana melaksanakan solat tersebut.

Solat sunat Aidiladha dianjurkan supaya dikerjakan setiap tahun pada 10 Zulhijjah.

Hukum mengerjakannya adalah sunat muakkad, bermaksud sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.

Cara melaksanakan adalah sama sebagaimana solat sunat Aidilfitri, cuma perbezaannya adalah dari segi niat.

Sebelum kita melaksanakan solat tersebut, di pagi hari raya ,kita di sunatkan untuk mandi sunat hari raya.

 

Antara lafaz niat mandi sunat tersebut ialah ;

Nawaitul Ghusla Li ‘idil Adha Sunnatan Lillahi Taala 

Sahaja Aku Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha Kerana Allah Taala.

Waktu solat sunat Aidiladha bermula dengan terbitnya matahari hingga gelincir matahari.

Solat sunat ini biasanya dilakukan lebih awal berbanding Solat Sunat Aidilfitri kerana selepas solat, jemaah bersegera melakukan ibadat korban.

Bertakbir disunatkan bermula daripada tenggelam matahari pada malam hari raya hingga imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat hari raya.

 

Apabila sampai di masjid, sebelum duduk, laksanakan solat sunat tahiyyatul masjid.

Niat solat sunat aidiladha ialah :

 

Jika anda solat secara seorang diri, gunakan niat ini:

 

Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini Adaan Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

 

 

Lafaz niat untuk makmum adalah:

  Usolli Sunnatan Li idilAdha Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

 

Niat Solat Sunat Aidiladha (Imam)

Jika anda menjadi imam untuk solat berjemaah bersama keluarga, berniatlah sebagai imam:

 

Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini imaman Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

 

 

Setelah niat, Ini Pula Cara Solat  Dilakukan

 

Rakaat Pertama

 

  • Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

 

  • Kemudian, bacalah doa Iftitah. Doa iftitah seperti berikut :

 

 

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin

 

 

  • Selesai bacaan Iftitah, kita akan bertakbir sebanyak tujuh kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali). Bacaan tasbih diantara takbir adalah seperti berikut:

 

 Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 

 

 

  • Selesai Takbir Sebanyak Tujuh Kali, Seterusnya Kita Akan Membaca Surah al-Fatihah.

 

  • Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-A’la (atau surah yang lain).

 

  • Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama. Selesai sujud kali kedua, maka bangunlah berdiri kembali untuk rakaat kedua.

 

 

Rakaat Kedua

 

  • Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir lima kali dan tasbih empat kali).

 

Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim

 

  • Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.

 

  • Membaca surah selepas al-Fatihah

    Bacalah surah daripada surah al-Quran seperti Surah al-Ghasyiyah (atau surah yang lain).

 

  • Solat diteruskan dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir.

 

  • Memberi salam

 

Sekian, perkongsian pada kali ini.

 

Jika anda ada masalah lutut dan sendi, maka sukar untuk melakukan solta, di sini penulis ada cadangkan 1 produk yamg terbaik untuk anda.

Masalah Lutut & Sendi Ganggu Aktiviti Anda Seharian????

 

Sapu Je Dah Legaa!!!! Sakit Sendi Dan Lutut? Cegah 5 Minit Je!.

 

Sapu Gel Int3Gold sehari sekali Guna tak sampai 1 botol dah boleh nampak perubahan. .

HARGA RM38 Sahaja! . Tidak Termasuk Postage.

Ikhtiar Masalah Kesihatan Anda Sekarang Dengan INT3GOLD!

Tekan Untuk Call 

Tekan Untuk Whatsapp

 

Tagged:
  • lafaz niat mandi sunat hari raya

Post navigation

Previous Post Pau Goreng Homemade Kacang Merah.
Next Post Kopi Latte INT3TREE Premium Setanding Kopi Hotel 5 Bintang.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com