Pau Goreng Homemade Kacang Merah.
Menu ringan seperti makanan frozen wajib dan mesti ada di rumah. Selalunya penulis rajin untuk membeli kuih-kuih frozen, sebab senang untuk di goreng ketika pagi atau petang.
Memandangkan semua benda sudah mahal. jadi penulis memgambil keputusan untuk buat sendiri sahaja Pau Goreng Homemade Kacang Merah.
Setelah di google, akhirnya penulis decide untuk doh tepung di buat sendiri, manakala inti kacang merah penulis beli sendiri je di kedai bakery berdekatan.
Kenapa penulis beli je inti kacang merah? Ini kerana, beli siap lagi berbaloi. Harga 1KG Inti Kacang merah RM7.20.
Berbanding jika anda hendak buat sendiri inti kacang merah tersebut, ia ambik masa dan kos.
Readymade Inti Kacang merah di kedai bakery sedap. Kalau tak percaya anda boleh cuba beli dan ratah.
Penulis lebih suka buat sendiri jika berkaitan dengan kuih frozen yang ada inti ini. Bukan apa, jika beli yang sudah siap, kuihnya besar tetapi intinya senonet je. Jadi untuk kepuasan dan mendapat hasil yang banyak, baik buat sendiri, lagi puas hati.
Seperti biasa, senarai bahan-bahannya teramatlah mudah untuk anda buat. Kalau nak tahu, ini lah pertama kali penulis membuat kuih frozen pau goreng.
Bahan-Bahan Pau Goreng Homemade Kacang Merah.
- 800 gram tepung gandum
- 1 biji telur
- 4 sudu marjerin
- 2 1/2 sudu susu pekat
- 1 paket yis
- 1 sudu kecil gula pasir
- air suam
- Air sejuk secukupnya.
Cara Untuk Membuat Doh Pau Goreng Homemade.
- Pertama kali, buat bancuhan yis dahulu. Masukkan 1 paket yis ke dalam gelas, masukkan 1 sudu kecil gula pasir dan esetengah cawan air suam. Kacau dan biarkan seketika sehingga yis kembang naik dengan semangatnya.
- Kedua, ambik bekas lain masukkan bahan-bahan seperti berikut:
-
- 800 gram tepung gandum
- 1 biji telur
- 4 sudu marjerin
- 2 1/2 sudu susu pekat
- Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan adunan yis tersebut sedikit demi sedikit. Jangan tuang semua air yis, nanti tepung jadi lembik dan melekat. Gaulkan sehingga sebati.
- Ketiga, setelah sebati, masukkan sedikit airsejuk dan gaul sehingga doh menjadi lembut. Masukkan sedikit sahaja. Uli sehingga doh tidak melekat.
- Keempat, rehatkan doh tersebut sehingga doh naik 2 kali ganda. Untuk rehatkan doh tersebut, tutup dengan pinggan plastik, senang cerita tutup dengan bersesuaian dengan bekas tersebut.
- Kelima, setelah doh naik, tumbuk -tumbuk doh tersebut supaya udara keluar.
- Keenam, ambik sedikit doh dan buat bulat-bulat sehingga habis. Tujuan nya, senang untuk masukkan inti.
- Ketujuh, apabila sudah siap semua doh di bulatkan, ambil satu doh, penyekkan untuk masukkan inti, kemudian bulat-bulatkan. Ulang sehingga semua doh abis di isi dengan isi kacang merah.
- Kelapan, apabila selesai semuanya, anda boleh jadikan ia gorengan untuk simpanan frozen. Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng 3 saat sahaja, jika anda hendak simpan untuk di frozenkan. Jika anda hendak makan, boleh goreng sehingga pau tersebut masak. Apabila sudah masak, boleh di angkat dan di hidangkan.
Koleksi Kejadian Pau Goreng Homemade Kacang Merah.
oo ye, sekiranya ada di antaraa anda yang mengalami sembelit dan susah membuang, penulis sarankan anda mencuba malt coklat dari AEX-3C in3Tree. Ini kerana ia bukan malt coklat yang biasa-biasa tetapi ia sangat lah luar biasa kerana adanya minyak Camelina.
Minyak Camelina ni antara bahan istimewa di dalam AEX3C Coklat kerana Minyak camelina mengandung sterol yang terbukti mengganggu penyerapan kolesterol. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa menambahkan minyak camelina kedalam diet mampu menurunkan kadar kolesterol darah partisipan. Minyak Camelina dua kali lebih efektif bila dibandingkan dengan minyak zaitun atau canola.
JOM AMALKAN AEX3C Coklat Anti Sembelit Dari Int3tree !
Ikhtiar Masalah SEMBELIT Anda Sekarang Dengan AEX3C Coklat!
Leave a Reply