Bubur Kacang Hijau Durian Kampung.
Musim durian yang tiba , hampir semua resepi di letak durian.
Begitu juga dengan penulis, maka terhasillah bubur kacang hijau durian kampung.
Bila di sebut durian, ada pelbagai jenis durian.
Durian kampung, IOI, Udang Merah, Musang King dan pelbagai lagi.
Terlintas di kepala untuk membuat bubur bersama dengan durian apabila durian yang kami beli tidak habis di makan. Padahal beli 5 biji je RM50.00. Durian yang kami beli ialah durian kampung. Sebab durian kampung mempunyai kemanisan original tersendiri dan puas di makan.
Di rumah hanya ada 3 orang sahaja, durian yang di beli tidak habis di makan, jadi penulis rancang untuk campurkannya dengan bubur.
Jadi, seperti biasa penulis akan kongsikan resepinya. Teramat mudah dan sedap di makan begitu sahaja atau di cecah dengan roti atau biskut kering.
Bubur durian ini lagi banyak durian yang anda makan, lagi sedap. Tak percaya buat la.
Bahan-Bahan Bubur Kacang Hijau Durian Kampung.
Antara bahan-bahannya ialah :
- 350 gram kacang hijau
- 2 sudu minyak masak
- 1/2 inci halia
- 1 1/2 cawan air
- 1 helai daun pandan
- 1 1/2 biji durian
- 500ml santan kotak kara
- gula pasir
- gula merah
- 500 ml air
Cara-Cara Awalan Penyediaan Bubur Kacang Hijau Durian Kampung.
Pertama kali anda masukkan bahan-bahan ini ke dalam periuk;
- 350 gram kacang hijau
- 2 sudu minyak masak
- 1/2 inci halia
- 1 1/2 cawan air
- 1 helai daun pandan
Rebus kacang hijau sehingga empuk. Proses merebus dalam 30 minit macam tu.
Kedua, apabila kacang hijau sudah empuk, masukkan 500 ml santan kotak, 500 ml air bersamaan dengan santan kotak, gula merah , gula pasir serta buah durian. Penulis masukkan isi bersama dengan biji durian, tanpa mengasingkannya, supaya isi durian tidak terlalu hancur apabila masak. Jadi boleh rasa antara bubur kacang hijau dengan isi durian tersebut.
Ketiga, masak sehingga bubur mengelegak sepenuhnya. Pastikan api gas perlahan, kalau tidak nanti rebusan kuah santan akan terkeluar dari periuk.
Rasakan dan jika sudah betul-betul mengelegak, boleh tutup api.
Sedia di hidangkan.
Gambar Hasil Masak Bubur Kacang Hijau Durian Kampung
Sekian, enteri resepi bubur kacang hijau durian kampung. Anda patut memcuba. Memang nikmat dan terasa kaw.
oo ye, sekiranya ada di antaraa anda yang mengalami sembelit dan susah membuang, penulis sarankan anda mencuba malt coklat dari AEX-3C in3Tree. Ini kerana ia bukan malt coklat yang biasa-biasa tetapi ia sangat lah luar biasa kerana adanya minyak Camelina, Minyak Camelina ni antara bahan istimewa di dalam AEX3C Coklat kerana Minyak camelina mengandung sterol yang terbukti mengganggu penyerapan kolesterol. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa menambahkan minyak camelina kedalam diet mampu menurunkan kadar kolesterol darah partisipan. Minyak Camelina dua kali lebih efektif bila dibandingkan dengan minyak zaitun atau canola.
Leave a Reply