• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Tambah Partner Di SSM Secara Online.

by shazylin
July 7, 2022Filed under:
  • info

Tambah Partner Di SSM Secara Online.

 

Assalammualaikum dan hai.

Selain kita boleh membuat permohonan baru serta pembaharuan di ssm, kita juga boleh melayari portal ssm

untuk menambah rakan kongsi perniagaan seandainya perniagaan tersebut merupakan suatu perkongsian.

Caranya amatlah mudah dan senang.

Didalam artikel yang lepas, ada penulis kongsikan  beberapa artikle mengenai lesen ssm, antaranya ialah;

  • Servis Pendaftaran Baru SSM Online.
  • Upah Renew Lesen SSM Online. 
  • Cara Muat Turun Sijil SSM Di Portal.

 

Jadi pada artikel kali ini adalah berkenaan bagaimana jika kita merupakan perkongsian, di mana kita ada rakan kongsi dan perlu di tambah nama pada lesen ssm sebelum kita print out yang baru.

Caranya amatlah mudah dan anda boleh lakukan dengan sepantas 10 minit sahaja. Yang penting pastikan segala maklumat untuk di kemaskini adalah tepat dan tidak berlaku sebarang kesilapan. Ini kerana, seandainya anda tersilap, reject akan di berikan melalui sistem.

 

 

Tambah Partner Di SSM Secara Online.

 

 

Langkah pertama :

Seperti biasa, Layari portal ezbiz.ssm.com.my

(a) Masukkan “USERNAME”
(b) Masukkan “PASSWORD” – boleh klik ikon mata jika ingin lihat
kata laluan yang telah ditaip.
(c) Masukkan “VERIFICATION CODE” dan,
(d) Klik “Sign In.

Paparan seperti di bawah :

https://ezbiz.ssm.com.my/

 

Langkah kedua:

1. Pada bahagian “Owner Information”
(a) Masukkan nombor MyKad/MyPR rakan kongsi dalam ruangan bertanda (*)
(b) Klik “Add Partner

Paparan seperti di bawah:

Tambah Partner Di SSM Secara Online.

c) Paparan maklumat rakan kongsi yang ditambah akan terpapar.
(d) Sila isi alamat rakan kongsi.

Paparan seperti di bawah:

Tambah Partner Di SSM Secara Online.

(e) Klik butang “Update”.

Paparan seperti di bawah :

 

 

 

 

 

Maklumat rakan kongsi yang ditambah akan menjadi “PENDING VERIFICATION”.

 

 

Selepas di tambah nama rakan kongsi baru, maka paparan pending verify akan keluar seperti di bawah;

Maka, rakan kongsi perlu membuat verify ke atas akaun mereka.

Tambah Partner Di SSM Secara Online.

 

Untuk melakukan proses verify ini, rakan kongsi perlu melalui step seperti berikut :

Langkah pertama;

Pergi ke menu dan klik “My Business Services”.
(a) Klik “Form A Partner Verification”

 

Langkah kedua :

Maklumat perniagaan yang dimohon akan dipaparkan
(a) Klik butang , yang mana ada tulis owner verification status, anda akan nampak status pending verify.

 

Langkah ketiga:

Rakan kongsi boleh membuat semakan pendaftaran perniagaan yangtelah diisi sebelum membuat pengesahan. Untuk pengesahan rakan kongsi, klik butang action.

Pop up” box akan keluar dan klik “OK”

 

Pemohon akan menerima emel notifikasi bahawa rakan kongsi yang hendak ditambah telah bersetuju untuk menjadi rakan kongsi perniagaan.

 

Cara Semak Status Rakan Kongsi Sudah Verify

Pemohon boleh menyemak semula dengan sign in ke portal EZBIZ Online
(a) Pergi ke Menu dan klik “My Business Services”
(b) Klik “List New Business Registration”
(c) Pada bahagian ‘Draft’, klik pada perniagaan yang ingin didaftarkan.

Paparan seperti di bawah:

 

 

(d) Rakan kongsi yang ditambah bertukar status “VERIFIED”
(e) Proses seterusnya adalah memilih mod pembayaran. SELESAI.

 

Langkah Akhir:

Pada bahagian “Fee & Declaration”
(a) Semak bahagian bayaran dan tandakan √ di bahagian Deklarasi.
(b) Klik “Preview” untuk membuat semakan akhir.

(c) Setelah selesai membuat semakan, sila klik butang “Submit Payment” untuk proses pembayaran dan pilih mod pembayaran yang berkenaan.

 

Tagged:
  • kemaskini ssm
  • ssm
  • SSM Online.
  • Tambah partner di ssm
  • tambah rakan kongsi di ssm

Post navigation

Previous Post Habbatussauda Original In3tree! Hasil Perahan Pertama.
Next Post Bubur Kacang Hijau Durian Kampung.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com