• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Siakap Masak Lemak Berapi.

by shazylin
December 7, 2021Filed under:
  • resepi

Siakap Masak Lemak Berapi.

Assalammualaikum dan hai.

Pada slot entri resepi kali ini, akan di kongsi masakan ikan siakap. Pada entri yang lepas saya ada kongsikan ikan siakap 3 rasa dan anda boleh baca di link di sediakan.

boleh baca juga : Ikan Siakap 3 Rasa Bujang Style.

Pada hari ini akan di kongsi resepi dari ikan yang sama, iaitu siakap tapi di ubah kepada masakan lemak berapi.

Siapa yang suka makan masakan lemak? Masakan lemak yang auumm serta kaw adalah apabila cukup lemak serta kepadasan.

Jom kita lihat resepinya bagaimana di sediakan Siakap Masak Lemak Berapi.

 

Bahan-bahannya :

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 biji limau nipis
  • 1 kotak santan 200ml
  • 15 tangkai cili api kampung
  • 2 inci kunyit hidup
  • kunyit serbuk
  • Garam
  • Ajinomoto
  • 3 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 2 kotak air suam (guna kotak santan kecil 200 ml )
  • minyak masak

 

cara awalan penyediaan:

Ikan siakap yang teah siap di siang, di basuh dengan bersih. Kemudian perahkan 3 biji limau nipis tersebut ke atas ikan tersebut bagi menghilangkan bau hanyirnya. Selepas itu, bilas ikan siakap lagi sekali dan toskan.

Apabila air ikan telah kering, letak garam dan serbuk kunyit. Ikan hendaklah di goreng separuh masak sebelum di masukkan kedalam kuah masak lemak berapi.

Angkat ikan yang telah masak tadi, letak di dalam pinggan dan boleh terus sediakan untuk masakan kuah masak lemak berapi pula.

Cara penyediaan kuah masak lemak berapi:

tumbuk halus bahan-bahan seperti 3 ulas bawang merah, 2 inci kunyit hidup, belacan, 15 tangkai cili api sehingga lumat.

Kemudian, ambil periuk, masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi. Tuang 1 kotak santan pekat ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.

Sukat penuh air suam dalam kotak santan 200ml tu dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.

Bukak api gas, letakkan bahan kuah masak lemak tersebut, masak sehingga mendidih. Jaga kawalan api, supaya kuah tidak membuak buak . Jika rasa kuah terlalu pekat, boleh tambah lagi air.

Perasakan dengan garam serta ajinomoto. Pastikan kuah betul – betul masak sehingga  mendidih, kemudian masukkan ikan yang telah di goreng tadi ke dalam kuah dan tutup api gas terus.

selamat mencuba.

 

Tagged:
  • Siakap Masak Lemak Berapi.

Post navigation

Previous Post Manfaat Air Suam Untuk Tubuh.
Next Post Mee Goreng Sedap Resepi Bujang.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com