• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Semakan Keputusan SPM 2021.

by shazylin
June 15, 2022Filed under:
  • info

Semakan Keputusan SPM 2021.

Setelah pelajar bertungkus lumus untuk menjawab peperiksaan SPM yang laku, maka tiba saat yang di tunggu iiatu untuk mengetahui keputusan hasil dari usaha kita selama ini.

Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih tarikh keramat iaitu 16hb Jun 2022 sebagai tarikh bagi Semakan Keputusan SPM 2021.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

Untuk makluman kita semua , Sijil SPM adalah penanda aras bahawa anda sudah habis belajar, wahima untuk memohon kerja kilang pun, sijil SPM amat di perlukan. Jika anda tidak membuat file segala sijil pada zaman sekolah anda, sudah tentu ianya berteratur dan merata-rata tempat. Bahkan, pasti akan hilang di saat kita perlukan.

 

Seandainya sijil anda hilang, anda boleh membaca info ini untuk mendapatkannya kembali;

 

BACA SINI :Sijil SPM Hilang?. Mohon Je Online. Mudah.

 

Semakan Keputusan SPM 2021.

Kaedah semakan keputusan SPM 2021 boleh di buat melalui tiga kaedah iaitu pergi ke sekolah, semakan online serta semakan melalui pesanan ringkas (sms)

 

Kaedah Pertama ialah walk in ke sekolah:

Jika anda rindu dan ingin berjumpa semula dengan kawan serta guru-guru anda, maka anda boleh walk in ke sekolah untuk mendapatkan sijil spm anda.  Sijil anda ada pada setiap guru tingkatan kelas anda pada yang lepas. Keputusan akan di berikan pada anda tepat jam 10.00 pagi.

 

Kaedah Kedua ialah semakan dalam talian:

Semakan dalam talian , anda boleh klik pada myresultspm.moe.gov.my.

Untuk makluman, paparan portal ini hanya akan berfungsi tepat jam 10.00 pagi bermula 16hb jun 2022 sehingga 24 jun 2022 sehingga jam 6.00 petang. Selepas dari tarikh tersebut, tiada lagi sebarang semakan online spm 2021 di buka.

 

Kaedah Ketiga melalui sistem pesanan ringkas (sms)

Jika anda menggunakan kaedah ketiga ini, melalui sms, anda perlu mendapatkan Semakan Keputusan SPM 2021 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Untuk makluman, sistem SMS ini juga hanya akan aktif mulai jam 10.00 pagi bertarikh 16 jun 2022 sehingga 22 jun 2022, dan akan berakhir tepat jam 6.00 petang.

Pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran yang betul jika anda membuat semakan melalui SMS.

Setiapa semakan melalui sms akan di kenakan caj penghantaran 0.15 sen dan caj penerimaan sebanyak 0.20 sen.

 

Semakan Keputusan SPM 2021.

Selamat berjaya di ucapkan kepada semua calon SPM.  Jika anda telah berusaha sehabis baik, maka keputusan yang anda terima nanti pasti akan memuaskan hati anda serta keluarga.

Seandainya keputusan yang di terima kurang memuaskan, tidak bermakna anda gagal , tetapi nada tanamkan azam supaya boleh juga berjaya seperti orang lain.

 

Sekian, artikel info kali ini. ALL THE BEST kepada semua calon,. Anda harapan orang sekeliling. Jangan jadikan keputusan SPM yang teruk sebagai semangat anda yang down.

 

 

Tagged:
  • Cara Semakan Keputusan SPM 2021.
  • http://myresultspm.moe.gov.my/
  • Semakan Keputusan SPM 2021.
  • SPMNoKPNoAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Post navigation

Previous Post Jenis Makanan Anti Kencing Manis.-Pakar.
Next Post IBO INT3MALL . Shopping Jana Income .

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com