Jenis Makanan Anti Kencing Manis.-Pakar.
Assalammualaikum dan hai.
Artikel info pada kali ini adalah berkaitan dengan satu penyakit yang sangat popular Di Malaysia ini, tidak kira anda kurus atau gemuk, pasti akan sangkut pada diri anda jika anda tidak tahu cara kawalan yang betul.
Salah satunya juga , berkait juga dengan faktor keturunan.
Penyakit ini berlaku apabila fungsi pankreas terjejas dan tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya untuk mengawal glukos dalam darah.
Ia adalah penyakit seumur hidup yang mengancam kesihatan masyarakat di Malaysia.
Terdapat tiga jenis penyakit kencing manis dihidapi rakyat Malaysia iaitu kencing manis jenis satu, kencing manis jenis dua dan kencing manis melitus (masalah kencing manis semasa hamil).
Pakar Antioksidan Dr Suri Roowi berkongsi makanan dan bahan bersifat antikencing manis yang boleh mencegah penyakit kencing manis.
baca juga :Jenis Bunga Keladi Beracun.
Antara makanan yang bersifat jenis antikencing manis adalah seperti berikut :
Biji Labu
Menurut dari Pakar Antioksidan Dr Suri Roowi , biji labu selain untuk dimakan, biji labu juga digunakan sebagai ‘ubat’.
“Manakala minyak biji labu boleh menjadi sumber minyak yang boleh dimakan.”Isi labu juga bersifat antikencing manis. Kajian menunjukkan, kanji yang ‘terikat’ dengan protein pada isi labu, dapat meningkatkan tahap insulin dan menurunkan paras gula dalam darah tikus kencing manis.
Daun Pandan
Dr Suri berkata, daun pandan juga mempunyai pelbagai manfaat lain, antaranya sebagai antioksidan dan antikencing manis.
Jelasnya, kajian menunjukkan, pengambilan ekstrak air daun pandan selama enam minggu boleh menurunkan gula dalam darah dan memperbaiki kekebalan insulin (insulin resistance).
“Sebaiknya, ekstrak air daun digunakan ketika memasak nasi (guna beras basmati) untuk bantu kawal gula dalam darah. Ekstrak daun pandan pada kepekatan 15 peratus pula boleh digunakan sebagai bahan awet untuk elakkan pertumbuhan kulat.
Air soya
Dr Suri berkata, makanan ketiga bersifat antikencing manis adalah soya. Air soya yang ditambah sedikit madu boleh menurunkan gula darah.
“Kajian diterbitkan dalam jurnal ‘Asia Pacific Journal on Clinical Nutrition’ pada 2008 mendapati, pengambilan produk soya dapat mengurangkan risiko kencing manis jenis dua, terutama dalam kalangan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan.
“Kacang soya yang direndam dan bercambah menjadi tauge (soy bean sprout) boleh menurunkan gula dalam darah. Ia lebih baik berbanding kacang soya tidak bercambah,” katanya.
Katanya lagi, contohnya, kajian diterbitkan dalam ‘International Food Research Journal’ pada 2018 menunjukkan, kacang soya yang bercampah selama 36 jam, dapat meningkatkan asid amino bebas.
“Asid amino ini dapat merangsang pengeluaran insulin yang diperlukan pesakit. Caranya ialah celurkan tauge kacang soya dengan air panas atau kukus sebelum dimakan.”Pengambilan protein soya juga membantu mengurangkan kolesterol yang ketara dalam darah,” katanya.
Halia
Dr Suri berkata, bahan seterusnya ialah halia. Sifat antikencing manis pada herba ini lebih baik berbanding bawang putih.
“Kajian klinikal mendapati, penggunaan serbuk halia sebanyak tiga gram (g) sehari selama 30 hari, dapat menurunkan gula dalam darah.
Leave a Reply