• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Sambal Ikan Kembung Ala Kampung.

by shazylin
December 8, 2021Filed under:
  • resepi

Sambal Ikan Kembung.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Penulisan entri pada kali ini mengenai masakan ala kampung. Tidak tahu ingin masak apa? Buka peti ais, ada ikan dan google kebanyakan keluar ikan kembung di masak sambal.

Selalunya menu ini akan di gandingkan dengan sayur bayam tumis air. 

Sebelum entri ini di teruskan dengan bahan-bahan memasak , jom kita lihat apa manfaat jika kita mengamalkan makan ikan kembung.

Antara kebaikan jika kita makan ikan kembung ialah :

  • Mengandungi tinggi asam lemak omega-3 yang tinggi bagus untuk dalaman. Maka ia bagus untuk menurunkan risiko serangan jantung serta stroke. 
  • Kandungan tinggi asam lemak omega-3 juga mampu menurunkan kadar diabetis di dalam tubuh seseorang. Selain itu, di katakan ia mampu untuk menolong menurunkan kadar kolesterol jahat serta membantu meningkatkan kadar kolesterol baik.
  • Ikan kembung juga berfungsi sebagai anti keradangan.

Boleh baca juga : Sambal Tempe Kentang Berapi.

Setelah di perjelaskan kebaikan, jom kita teruskan dengan bahan-bahan untuk memasak.

Bahan-bahannya adalah :

  • 5 ekor ikan kembung
  • garam 
  • kunyit
  • 3 senduk cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • secubit belacan
  • asam jawa.
  • minyak masak
  • garam
  • gula
  • ajinomoto
  • 1 biji tomato

 

Cara penyediaan untuk memasak:

  • Pertama ialah bersihkan ikan kembung, kemudian gaul dengan kunyit serta sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng ikan kembung sehingga garing.
  • Kedua tumbuk 5 ulas bawang merah , 3 ulas bawang putih serta belacan sehingga lumat. Kemudian, ambil separuh minyak yang telah di goreng ikan tadi, tumis bahan yang telah di tumbuk sehingga baik bau.
  • Ketiga masukkan 3 senduk cili kering. Tumis sehingga pecah minyak dan kekeringan sedikit. Jika minyak kurang, tambahkan sedikit untuk segera cili tersebut pecah minyak.
  • Keempat, masukkan air asam jawa secukupnya. Kemudian kacau dan perasakan dengan garam, ajinomoto serta gula. Kacau sehingga sebati.
  • Kelima, Setelah sempurna rasa, masukkan iakn kembung yang telah goreng, masukkan sedikit kicap dan gaul.
  • Keenam, kecilkan api, potong 1 biji tomota dan masukkan ke dalam sambal. Kacau manja dan padam api. 
  • Angkat dan hidangkan di dalam mangkuk.

Sekian, entri untuk resepi kali ini.

 

 

Tagged:
  • Sambal Ikan Kembung
  • Sambal Ikan Kembung Ala Kampung.

Post navigation

Previous Post Mee Goreng Sedap Resepi Bujang.
Next Post Doa Rumah Tangga Bahagia.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com