• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Sambal Tempe Kentang Berapi.

by shazylin
December 6, 2021Filed under:
  • resepi

Sambal Tempe Kentang Berapi. Assalammualaikum dan hai. Entri resepi kali ini merupakan menu yang simple tapi mengenyangkan bila makan. Tempe adalah makanan yang mudah di dapati serta mempunyai pelbagai kebaikan yang tersembunyi.

Siapa di sini suka makan tempe? tahukah anda tempe mempunyai pelbagai khasiat jika kita makan.

Antara khasiat yang terdapat di dalam tempe adalah ia merupakan salah satu makanan yang boleh di jadikan sebagai diet harian kita. Jadi , untuk golongan yang berdiet, boleh amalkan makan tempe kerana mengandungi protein yang tinggi bagus untuk sistem pencernaan. Selain itu, tempe juga di katakan mampu menurunkan kadar kolesterol. Di samping itu, tempe juga bersifat anti oksida.

Berbalik pada entri, di bawah adalah huraian menu yang di nyatakan.

Jom kita lihat bahan-bahannya dan bagaimana cara penyediaanya.

Bahan-bahan yang di perlukan Sambal Tempe Kentang Berapi.

  • 3 bungkus tempe
  • 1 biji ubi kentang
  • 3 biji bawang merah sedang-sedang saiznya
  • 1 ulas bawang putih
  • cili api (jika ingin pedas)
  • kunyit
  • garam
  • belacan
  • kicap manis
  • 1 kiub ayam
  • 2 senduk cili kering yang telah di kisar
  • asam jawa
  • minyak masak

 

Cara penyediaan tempe dan ubi kentang

Pertama adalah tempe hendaklah di potong kasar. Selepas itu, bilaskannya . Kemudian ubi kentang di kupas kasar secara memanjang. Cuci ubi kentang tersebut. Selepas selesai, masukkan tempe dan ubi kentang di dalam mangkus, kemudian tabur sedikit garam dan kunyit. Gaulkan sehingga sebati.

Panaskan minyak masak. Goreng tempe dan ubi kentang sehingga masak. Kemudian toskan minyaknya.

 

Cara penyediaan sambal berapi.

Pertama ialah tumbuk kasar bawang merah, bwang putih, belacan serta cili api. Kemudian guna minyak hasil dari gorengan tempe dan ubi kentang tadi untuk menumis . Tumis bahan yang di tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.

Kedua ialah, masukkan cili kering, kacau sehingga cili tersebut pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa kemudian kacau lagi.

Ketiga, letakkan 1 kuib ayam serta sedikit kicap . Kacau dan perasakan. Jika tawar , anda boleh letakkan sedikit garam. Kacau sehingga sambal menjadi pekat dan masak

Keempat, masukkan tempe dan kentang. Gaul manja dan terus hidangkan kedalam pinggan untuk makan tengah ari.

 

Tagged:
  • Sambal Tempe Berapi
  • Sambal Tempe Kentang
  • Sambal Tempe Kentang Berapi.

Post navigation

Previous Post Homestay Masjid Tanah Yang Murah.
Next Post Pisang Goreng Crispy Anti Gagal.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 ยท Shazylin.com