Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
Assalamualaikum dan hai.
Setiap ibu yang telah berkahwin dan selepas bersalin , wajib untuk melakukan ujian pap smear.
Pap smear adalah ujian yang mengambil sedikit sampel sel daripada serviks untuk mengesan masalah prakanser dan kanser pada serviks. Ia dianggap sebagai alat saringan utama untuk kanser serviks.
Di dalam artikel ini, penulis akan kongsi coretan pengalaman untuk ujian pap smear.
Penulis hanya lakukan ujian tersebut di klinik desa saja, iaitu secara percuma.
Ujian ini perlu di lakukan setelah kita abis berpantang dan tidak datang haid.
Setibanya penulis di klinik desa, penulis di minta untuk meletakkan kad temujanji. Kemudian, selang 5 minit ,jururawat yang bertugas melakukan kerjanya iaitu melakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi dan seterusnya membuat pemeriksaan bacaan darah merah.
Alhamdulillah bacaan tekanan darah normal dan bacaan darah merah 12.4.
Untuk makluman, pemeriksaan pap smear disyorkan kepada wanita setelah setahun kelahiran anak pertama atau setahun selepas melakukan hubungan seksual yang pertama.
Selepas itu, sebelum di minta masuk ke bilik pemeriksaan, penulis diminta untuk ke bilik pertama bagi berjumpa dengan doktor bagi check up kesihatan yang lain.
Selang 5 minit, baru penulis di minta untuk ke bilik pemeriksaan bagi ujian pap smear.
Proses yang mudah, di mana,jururawat meminta kita untuk baring, buka kaki dan jururawat memasukkan muncung itik plastik bersama dengan sampel tisu. Proses lebih kurang 2 minit dan kemudian siap.
Selepas di ambil sampel pada rahim kita, akan ada sedikit lendir dan darah. Selepas itu tiada, jadi anda cuci la. Proses pun siap dan tunggu keputusan makmal dari Hospital Melaka. Di harap tiada apa apa masalah mengenai keputusan tersebut.
Kesimpulan:
Semalam jururawat ada inform penulis, beliau kata ,pasal ujian pap smear ni, ramai je yang malas nak buat, padahal ujian sekejap je untuk proses tersebut.
Pesanan penulis, bagi yang dah berkahwin, dan terutama yang baru pertama kali ada zuriat, anda luangkanlah masa untuk laksanakan ujian ini, bukan apa, untuk kesihatan anda juga. Cegah lagi baik dari ubati buat kata orang. Ini kerana, dari ujian ini, baru kita akan tahu sama ada kita ada kanser atau pun tidak.
Sekian coretan dari penulis.
Leave a Reply