Bubur Jagung Paling Ringkas Dan Sedap.
Assalammulaikum dan hai.
Coretan artikel resepi hari ini adalah berkaitan dengan menu pencuci mulut,iaitu menu bubur jagung.
Siapa sini peminat bubur jagung?? Anda boleh cuba untuk membuatnya, inshaallah sedap dan boleh di makan begitu saja atau di cecah dengan roti potong or lempeng nipis.
Terlintasnya resepi ini adalah, semasa penulis berkunjung ke rumah adik penulis hujung minggu. Kebetulan setelah keluarga kecil kami menyambut hari bapa di pantai, plan memang nak blk rumah je tido. Tetapi, benda tak di rancang, ibu penulis ajak pergi rumah adik di krubong,melaka. Maka berjalanlah kami seharian pada hari tersebut .
Sampai je di rumah adik, adik telah sediakan sarapan nasi lemak bersama dengan lempeng nipis untuk juadah bersama.
Kebetulan, adik keluarkan jagung manis dan penulis pun berkata, buat bubur jagung sedap ni. Tak sangka pula, on je. Maka terhasilah bubur jagung hasil air tangan penulis bersama dengan adik .
Bubur Jagung Paling Ringkas Dan Sedap.
Di sini penulis kongsikan resepinya untuk pembaca mencubanya ,mana tahu kena dengan tekak anda.
Bahan-bahan:
Sebungkus jagung beratnya dalam 1kg
Santan kotak 500ml.
Gula melaka.
Gula pasir
Garam.
Sagu
Air 2 liter.
Tepung gandum.
Pewarna hijau .
Cara membuatnya:
- Pertama, masukkan santan dalam 300ml bersama dengan 500 ml air.
- Kemudian,masukkan gula melaka .Tujuan letak gula melaka, supaya warna kuah bubur lagi cantik. Biarkan mendidih sekejap.
- Selepas itu , ambil sedikit jagung dan di kisar kasar sebelum di masukkan kedalam kuah santan tadi. Masukkan baki jagung yang belum di kisar tadi juga.Masukkan baki santan dan baki air bersama dengan sedikit garam dan gula.
- Penulis masukkan gentelan tepung,untuk menjadikan ia warna warni. Caranya,ambil sedikit tepung,bancuh dengan sedikit air dan letak sedikit warna hijau. Kemudian, gentel kan dan masuk ke dalam bubur.
- Masukkan sagu warna pink yang telah di masak.Caranya, masakkan sagu warna pink ,kemudian tuang ke dalan aduan bubur jagung.
- Tunggu sehingga masak dan sedia di hidangkan. Boleh di makan begitu sahaja, atau di buat cicah dengan roti.
Lampiran gambar bubur jagung ringkas
9
Leave a Reply