Lemak Bawah Lengan. Bagaimana Atasinya?
Assalammualaikum dan hai.
Pernah tak anda ternampak seseorang yang lalu di hadapan anda, di mana lengan atas besar, tetapi bahagian bawah lengan kecil.
Buat kata suami penulis, dah macam jelly, bergegar je bila lambai pada orang.
Mesti korang stress kan bagaimana cara untuk atasinya. Terutama pada perempuan, baju sudah cantik pakai, tetapi ketat pula pada bahagian bawah lengan.
Lengan merupakan salah satu tempat pengumpulan lemak yang paling susah untuk di atasi. Di bahagian ini, anda perlu bekerja keras untuk mengatasinya selain dari hanya sapu krim panas semata-mata untuk cairkan lemak.
Kenapa bawah lengan menjadi tumpuan lemak?
Untuk pengetahuan anda, lengan sememangnya merupakan bahagian tubuh yang akan mudah membesar ketika seseorang itu mengalami kenaikan berat badan. Ianya disebabkan oleh kekurangan aktiviti fizikal dan tidak melakukan senaman secara teratur sehingga menyebabkan akumulasi lemak dalam tubuh terutama sekali bahagian lengan.
Tambahan usia juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi lemak di lengan. Orang yang berumur 20 tahun ke atas akan lebih cenderung menyimpan lebih banyak lemak dan otot mulai menurun. Tahap metabolisme juga akan menurun seiring pertambahan usia. Ini bermakna tubuh akan membakar kalori lebih sedikit daripada waktu remaja.
Lemak Bawah Lengan. Bagaimana Atasinya?
Boxing
Boxing melatih tubuh bahagian atas sekali gus membantu menegangkan lengan anda. Ini kerana boxing banyak menggunakan pergerakan tangan dan lengan. Oleh itu, ia boleh membantu untuk membakar lemak di bahagian tersebut.
Berenang
Berenang sebenarnya adalah senaman yang memerlukan keseluruhan badan untuk melakukan pergerakan. Jadi, berenang adalah salah satu cara mengecilkan lengan, menghilangkan lemak dan menurunkan berat badan yang paling terbaik.
Pull Up
Senaman ringan yang seterusnya yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan pull up. Mulakan berlatih dengan kuantiti yang sedikit dulu dan ditingkatkan untuk sesi latihan seterusnya.
Dumbbell
Gunakan dumbbell mengikut kesesuaian berat yang diingini. Tidak perlu ke gim kerana aktiviti ini boleh dilakukan di rumah di kala anda sedang menonton televisyen. Tiga kali seminggu dan berterusan boleh bantu anda mendapatkan lengan yang fit dan mantap. Tetapi, perlu konsisten!.
Kesimpulan :
Selain dari 4 jenis senaman ini, ada dua lagi faktor yang penting dan anda perlu berdisiplin untuk mengatasi masalah lemak pada lengan ini.
Pertama ialah perbanyakkan minum air suam.
Sepertimana kita ketahui, air suam sangat penting untuk kita menyingkirka toksin di dalam badan kita. Untuk menjalani hidup yang sihat, anda perlu rajin minum air mineral sebanyak 8 gelas sehari secara rutin.
Kedua ialah amalkan gaya pemakanan yang sihat
Gaya pemakanan yang sihat iaitu amalkan memakan buah yang banyak penting untuk kita sentiasa kekal sihat. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan lebihkan pada makanan yang bersup , berbakar dan juga berstim.
Makanan yang bersup seperti sup daging dan sayuran lagi cepat mengenyangkan anda.
Dari segi makanan berbakar pula, ia sangat baik kerana mengurangkan kepada makanan yang bermasak menggunakan minyak.
oo ye sebelum terlupa, anda boleh kunjungi Lauk Bilis Untuk Sahur Simple untuk melihat makanan sahur sempena bulan puasa yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Leave a Reply