• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Elak Jerawat Bila Pakai Mask.

by shazylin
March 22, 2022Filed under:
  • tips

Elak Jerawat Bila Pakai Mask.

Assalammualaikum dan hai.

Covid-19 dan mask berpisah tiada. Terutama apabila kes yang semakin tinggi. perki ke mana-mana mask langsung tidak tinggal.

Walaupun begitu, ramai yang mengeluh muka jadi break out bila mask sentiasa lekap pada muka. terutama pada semua insan yang keluar untuk bekerja bagi mencari rezeki .

Jerawat sering timbul dan tidak dapat di elakkan bagi mereka, terutama pada mereka yang mempunyai kulit muka yang sangat sentitif.

Masalah seperti kulit irritasi serta ruam menjadikan seseorang stress bila pakai mask, terutamanya bila musim panas yang melampau.

Bagaimana jerawat/ruam/bintik merah terjadi bila pakai mask?

Terdapat tiga punca utama jerawat/ruam/bintik merah terjadi bila pakai mask

  • Pertama, geseran daripada material pelitup muka.

“Pelitup muka yang dipakai secara ketat akan lebih kerap bergesel dengan kulit. Ini boleh menjadikan muka kemerahan dan gatal di kawasan pipi, hidung serta belakang telinga.

  • “Punca kedua ialah kelembapan kulit yang tinggi. Kulit menjadi lebih lembap disebabkan peluh yang terperangkap kesan daripada tempoh pemakaian pelitup muka panjang, terutama ketika cuaca panas.

  • Punca ketiga ialah “Pemakaian produk alat solek yang tidak sesuai dan berlebihan bersama pelitup muka juga boleh menyebabkan jerawat.

Kesan dari tiga faktor ini, menyebabkan liang pori anda tersumbat dan menggalakkan pertumbuhan jerawat yang rancak pada muka, dagu anda .

 

Bagaimana Elak Jerawat Bila Pakai Mask.

Antara tips penting bagi mengelakkan perkara ini boleh terjadi ialah menjaga rutin penjagaan muka yang betul, terutama pada musim covid-19 ini.

Bagaimana menjaga rutin penjagaan muka yang betul?

Pertama:

Antaranya ialah hanya menggunakan produk asas yang disarankan adalah pencuci muka, pelembap dan krim pelindung matahari. Tidak perlu menggunakan produk yang berlebihan seperti serum skin oil dan sebagainya.

Kedua:

Kenali kulit kita bagaimanan

Di musim pemakaian pelitup muka ini, kita perlu kenali kulit muka kita bagaimana. Adakah jenis oily, sentitif, normal ataupun kombinasi kulit.

Ini penting, bila kita sudah kenali, maka mudah untuk kita memilih produk asas yang betul.

Contohnya ;

“Pencuci muka jenis ‘gentle-cleanser’, ‘soap-free’ dan ‘fragrance-free’ sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia tidak mengeringkan kulit.

“Penggunaan skrub muka tidak digalakkan bagi kulit kering atau yang sedang mengalami jerawat kerana ia boleh menyebabkan kulit kemerahan dan jerawat lebih teruk.

Ketiga:

Guna pelembab muka 30 minit sebelum kita memakai pelitup muka. Penggunaan pelembab mestilah yang tidak berat dan tidak menyumbang pada pori yang tersumbat.

Keempat:

Gunakan krim pelindung matahari, selepas kita aplikasikan krim pelembab pada muka. Tujuan pemakaian krim pelindung matahari adalah untuk melindungi kulit kita dari dari kemerahan dan kegatalan kulit semasa kita memakai pelitup muka. Pemakaian krim pelindung matahari yang disyorkan adalah jenis ‘oil-free’, ‘non-comedogenic’, mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) sekurang-kurangnya SPF30.

Kelima:

Pilih mask yang sesuai.

Material pelitup muka gred perubatan seperti N95 dan pelitup muka tiga lapisan berupaya menyerap pelembap semula jadi kulit jika dipakai lama yang menyebabkan kulit menjadi merah, gatal dan lebih kering.

“Masalah ini akan menjadi lebih ketara bagi individu yang mempunyai kulit sensitif atau kulit kering.

Justeru, mask yang di pakai perlu di ganti apabila ia lembab. Selain itu, anda perlu membuka pelitup muka selama 1 jam untuk membolehkan kulit anda bernafas selama 15 minit, sebelum memakai mask yang baru.

 

Sekian, entri perkongsian mengenai Elak Jerawat Bila Pakai Mask.

Sebelum terlupa, jika anda ada masalah mempunyai lengan yang menggeleber dan susah untuk hilangkan, anda boleh kunjungi di artikel Lemak Bawah Lengan. Bagaimana Atasinya?

 

Tagged:
  • jerawat/ruam/bintik merah terjadi bila pakai mask?

Post navigation

Previous Post Lemak Bawah Lengan. Bagaimana Atasinya?
Next Post Kenali Pendatang baharu, Siti Hariesa.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 ยท Shazylin.com