• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Kerisi Masak Lemak Cili Api.

by shazylin
December 12, 2021December 12, 2021Filed under:
  • resepi

Kerisi Masak Lemak Cili Api.

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi hari ini mengenai resepi masak lemak, iaitu menggunakan ikan kerisi.

Resepi ini di olah dengan meletakkan sayur sawi di dalam kuah serta tomata bagi menyerlahkan lagi keenakan masakan.

Resepi masakan lemak kali ini di gandingkan dengan kerisi goreng garing.

Sebelum meneruskan entri masakan, jom kita lihat kebaikan makan ikan kerisi. 

Antara kebaikannya seperti berikut :

  • Mengandungi nutrisi yang tinggi seperti protein, iodin, vitamin dan mineral yang bagus untuk badan kita.
  • bagus untuk kesihatan jantung. Pengambilan makanan ikan yang kerap sangat bagus untuk kesihatan jantung kita.
  • mengandungi omega 3 yang bagus untuk tumbesaran.
  • mengandungi Vitamin D. Selalunya vitamin D hanya dapat di peroleh apabila anda berjemur di bawah cahaya matahari. Tetapi, seandainya anda seorang yang malas untuk keluar rumah, di galakkan makan ikan dengan secukupnya.

 

Jom lihat resepi masakan kerisi ini. Resepi yang mudah, main campak-campak je dan siap.

Bahan-bahannya adalah:

  • 5 ekor ikan kerisi
  • cili api secukupnya
  • bawang merah 2 ulas
  • santan kotak 200ml
  • 2 cawan air masak -sukatan ikut santan kotak
  • garam
  • belacan
  • kunyit
  • ajinomoto
  • 3 batang sawi jepun
  • 1 biji tomato
  • minyak masak.

 

Cara-cara penyediaanya ialah:

1.Ikan di bersihkan terlebih dahulu. Kemudian , gaulkan kunyit serta garam. Selepas itu, panaskan minyak, goreng ikan tersebut separuh masak. Selesai, angkat..toskn minyak.

2.Blend halus cili api, belacan, kunyit dan bawang merah. Kemudian, masukkan bahan tersebut di dalam kuali bersama dengan 1 kotak santan serta 1 kotak air masak. Kacau sehingga rata dan barulah hidupkan api gas. Kacau sehingga naik bau. Kemudian jika pekat, letakkan 1 atau 1/2 cawan sukatan air masak guna kotak santan tadi.

3.Kecilkan api, bersihkan sayur sawi dan tomato. Potong ikut kesukaan anda.

4. Setelah kuah telah masak dan mendidih, perasakan dengan garam serta ajinomoto. Kemudian, masukkan sayur sawi dan tomato yang telah di potong tadi. Kacau manja manja sehingga sayur masak.

5.Masukkan ikan kerisi yang telah di goreng tadi ke dalam kuah. Ratakan kuah dengan ikan, kemudian boleh tutup api. 

6. Jangan terlebih kacau ikan yang telah masak, kerana nanti isi ikan tersebut akan hancur lebur.

7.Siap di hidangkan dengan nasi panas.

boleh baca juga :Siakap Masak Lemak Berapi.

Sekian, slot entri masakan . Selamat mencuba bagi resepi ini.

 

 

.

Tagged:
  • Ikan Kerisi
  • Ikan Kerisi Masak Lemak Cili Api.
  • Masak Lemak Cili Api.

Post navigation

Previous Post Telekung Annisaa Pilihan Muslimah.
Next Post Telekung Popular Malaysia 2022.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com