• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Kelebihan Ayat ‘Laqod Jaa’kum’.

by shazylin
January 17, 2022January 17, 2022Filed under:
  • tips

Kelebihan Ayat ‘Laqod Jaa’kum’.

 

Assalammualaikum dan hai.

Dalam entri tips kali ini berkaitan dengan ayat ‘Laqod Jaa’kum’. Sebagai seorang muslim, anda wajib tahu setiap maksud kalimah ayat suci Al Quran. Ini kerana, di setiap ayat tersebut akan terselit segala doa, jika kita amalkan, inshaallah selamat dunia akhirat.

‘Laqod Jaa’kum’ jika di amalkan selepas solat dan dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

 

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

 

 

Kelebihan Ayat ‘Laqod Jaa’kum’

Ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Ayat 129 

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

 

Kelebihan Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ ini ialah dipercayai boleh..

#1 Memanjangkan usia jika diizinkan oleh Allah (Insha -Allah).

#2 Memudahkan segala urusan harian (siang dan malam) jika dibaca setiap pagi dan pada waktu penghujung hari.

#3 Menambah keteguhan iman kita kepada Allah SWT.

Cara mengamalkan ayat ‘Laqod Jaa’kum’ ialah dengan dibaca sebanyak tujuh kali selesai solat fardhu terutamanya solat subuh dan mahgrib.

Marilah kita sama-sama menambah pelindung diri dengan ayat-ayat mustajab Al-Quran dan yang paling penting ialah mendapat keredhaan dari Allah SWT

Tagged:
  • Laqod Jaa’kum

Post navigation

Previous Post Brown Sugar Itu Apa Sebenarnya.
Next Post Cara Menjemput Rezeki Melalui Zikir.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com