Brown Sugar.
Assalammualaikum dan hai.
Entri info pada hari ini adalah berkenaan dengan Brown Sugar @ gula perang. Siapa di sini suka menggunakan gula perang? Apa kebaikannnya?
Dalam artikel ini akan di ulas selanjutnya.
Apa itu Gula perang?
Gula perang adalah gula tebu mentah yang kurang ditapis dan diproses serta mengandungi anti-oksidan dan mikro nutrien semulajadi di mana ia adalah pilihan lebih baik bagi meningkatkan rasa makanan dan minuman,”
pada masa ini permintaan gula tempatan adalah sebanyak 1.5 juta tan setahun, namun peratusan dan pengeluaran untuk gula perang adalah rendah berbanding gula putih.
Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), berhasrat mengubah trend penggunaan gula putih kepada gula perang dalam usaha memupuk orang ramai menikmati gula yang lebih baik pada harga berpatutan.
Gula perang merupakan alternatif pengganti kepada gula putih, di mana ia tidak manis seperti gula putih.
Kenapa ia tidak manis? Ini kerana kandungan kalori di dalamnya lebih rendah berbanding gula putih.
baca juga : Teh Daun Sanna Baik Untuk Perut.
Kebaikan Gula Perang @ Brown Sugar.
Terdapat banyak kebaikan gula perang yang perlu kita ketahui, antaranya ialah :
Rendah Indeks Glisemik(GI)
Untuk pengetahuan anda, gula perang adalah mempunyai kadar indeks glisemik yang rendah berbanding dengan gula putih yang mempunyai kadar kalori yang tinggi yang mana boleh memudaratkan seseorang jika kerap dengan pengambilannya.
Kekalkan tenaga yang lebih lama
Pengambilan gula perang bagus berbanding dengan gula putih, ini kerana gula perang dapat mengawal glukosa di dalam darah. Kandungan GI yang rendah, membolehkan gula di hadam dengan segera, di serap serta menjalani proes metabolisma yang perlahan, ini sekali gus dapat mengekalkan tenaga yang lebih lama di dalam badan.
Berbeza pula dengan pengambilan gula putih, jika anda perasaan, seseorang yang suka minum air menggunakan gula putih akan selalu kerap haus dan letih. Ini kerana, Kandungan gula yang tinggi dalam darah menghalang glukosa memasuki sel-sel.
Akibatnya, badan tidak menerima tenaga dan meminta makanan lagi dan lagi. Kandungan gula yang tinggi dalam darah, badan tidak mampu untuk menyimpan dan menyerap glukosa dengan betul. Tenaga digunakan tidak cekap, dan sel-sel badan tidak menerima bahan api yang mereka perlukan. Semua ini membuat anda rasa letih tanpa sebab.
baca juga : Kesan Pengambilan Lebihan Gula Pada Saraf, Saluran Darah, Dan Organ Badan
Mudah Didapati.
Jika anda perasan, gula perang berlambak di pasaran berbanding gula putih. Ini kerana, ramai yang lebih meminati gula putih kerana manis berbanding dengan gula perang yang rasa hambar.
Sokongan NADI
Selaras dengan konsep kurangkan diabetis di dalam kalangan penduduk Malaysia, Better Brown Produk keluaran Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), mendapat sokongan daripada NADI (National Diabetis Institut) sebagai salah satu komitmen CSR di dalammemperkasa gaya hidup sihat yang ebbas dari sebarang penyakit diabetis.
Elakkan kulit Kering.
Kulit kering boleh dikaitkan dengan tahap gula tinggi pada darah untuk pelbagai sebab:
-
- Kencing berlebihan menyebab badan dihidrasi sehingga tahap yang menyebabkan kulit mula kering.
- Masalah kulit adalah tanda aterosklerosis – pengerasan dan penyempitan arteri dan pengurangan seiring peredaran darah – penyakit yang sering berlaku pada pesakit kencing manis.
- Saraf yang rosak boleh mengganggu operasi normal kelenjar peluh, dan mereka memberi kesan kepada keseimbangan kulit-air.
Leave a Reply