Cara Menjemput Rezeki
Assalammualaikum dan hai.
Artikel tips pada kali ini berkenaan dengan rezeki. Apabila di sebutkan rezeki, maka akan terfikir bagaimana rezeki tersebut boleh datang. Rezeki merupakan perkara yang telah di tetapkan oleh Allah buat hambanya. Bila di sebut rezeki, ia akan datang dalam pelbagai cara.
Contohnya rezeki bernikah, anak, menjaga mak ayah juga rezeki, rezeki kesihatan dan sebagainya. Salah satu cara menjemput rezeki yang amat mudah adalah melalui zikir. Kenapa zikir? Ini kerana zikir merupakan salah satu dari doa umat islam, yang mana mulut kita sentiasa menyebut perkataan-perkataan Allah.
Amat malang sekiranya anda Islam, tetapi mulut sangat berat di dalam memuji Allah melalui zikir. Bila kita sentiasa memuji Allah, secara tidak langsung Allah akan emnyukai kita dan di dalam zikir kita yang penuh ikhlas, mana tahu akan termakbul apa yang kita hajati selamai ini.
Terdapat banyak zikir yang boleh kita baca serta zikir mudah, yang dpaat di amalkan . Antaranya ialah:
1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah
Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
boleh baca juga : Kelebihan Ayat ‘Laqod Jaa’kum’.
Doa Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami Rezeki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH…..
Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua cuba amalkan satu persatu.
Biar sedikit tetapi istiqamah.
Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal.
Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.
Penutup
Rezeki merupakan salah satu rahsia Allah SWT. Namun dalam ajaran risalah Muhammad SAW, Islam telah memberikan cara dan petunjuk terbaik untuk melancarkan rezeki yang melimpah ruah. Hanya tinggal kita sahaja, sama ada mahu beramal, kaji dan praktikkannya. Selain dengan terus bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya yang telah dilimpahkan kepada kita.
Leave a Reply