Cadar Sabella Teman Tidur Nyenyak Anda.
Assalammualaikum dan hai.
Apabil di sebut jenama Sabella, ianya bukan sahaja mengenai pakaian taw, tetapi ada juga keluaran set cadar yang cantik, goyes dan paling penting kainnya yang sejuk.
Justeru itu, cadar merupakan salah satu item shopping yang akan di add to chart oleh kaum hawa, bagi memastikan katilnya sentiasa cantik dan kemas.
Ini kerana , katil merupakan satu temoat di dalam bilik untuk kita berbaring di atas tilam yang empuk. Apatah lagi bila di sarungkan dengan cadar yang cantik dan wangi, pasti tidur kita akan nyaman.
Kain cadar amat penting dan menjadi sebahagian daripada keperluan rumah, sebab itu ia berpotensi untuk menjadi mahal. Beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian cadar. Sebagai contoh, cadar sutera mungkin kelihatan mewah di bilik tidur, tetapi tidak praktikal jika cuaca panas.
Keutamaan peribadi adalah faktor yang penting dalam membuat keputusan pembelian cadar. Hanya anda tahu apa yang anda mahu untuk menjadikan bilik tidur anda lebih selesa.
TIPS Pilih Cadar Sebelum Membeli
Terdapat beberapa tips yang mungkin boleh anda jadikan sebagai panduan sebelum membeli cadar, anatranya ialah;
Pilih warna yang betul
Kita mesti pilih warna cadar yang selari dengan selimut serta suasana bilik kita.
Pilih saiz yang betul
Sebelum membeli, anda kena pastikan cadar yang ingin di beli tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil. Anda perlu mengetahui saiz tilam samada Berkembar (twin), Penuh (full), Ratu (queen), Raja (king), Berkembar panjang (twin full), tempat tidur bayi (crib), dan anda juga perlu tahu kedalaman tilam (diukur dalam inci).
Material
Pemilihan materiak fabrik yang penting sangat di titik beratkan untuk memberi keselesaan kepada anda juga ketika sedang tidur. Bayangkan jika cadar sudah cantik, tetapi pada waktu malam, anda gelisah , pusing sana, pusing sini sebab tidak selesa dengan material yang panas, kan dah rugi di situ.
Justeru itu, pilih fabrik yang menarik kepada anda secara peribadi. Contohnya,
- Polyester/campuran poly akan cenderung untuk berasa tidak selesa dalam kelembapan yang tinggi.
- Kapas memberikan keselesaan yang lebih baik dan kualiti yang baik akan tahan lebih lama.
- Cadar daripada jenis Rayon akan berasa lebih sejuk daripada kapas, apabila disentuh.
- Cadar daripada material bulu (wool) lebih selesa dalam cuaca sejuk.
- Cadar daripada material kapas adalah contoh fabric yang nipis dan jenis kain yang bernafas, sesuai dipakai meskipun cuaca panas.
Beli cadar yang mudah di bersihkan
Selain pemilihan material, kita perlu ketahui sama ada cadar yang kita beli tersebut mudah di bersihkan atau tidak. Ini adalah untuk mengeluarkan soda warna yang ada pada cadar. Cadar dipasang (fitted bedsheet) dipasang dulu di atas katil, kemudian baru cadar atas. Kemaskan hujung cadar atas di dalam tilam. Sebagai contoh, cadar sutera, walaupun lembut, ia perlu dibasuh secara kering (dry-clean) atau dibasuh tangan. Linen perlu dicuci seelok-eloknya sekali seminggu.
Seandainya dan jika cadar yang dipasang anda terkeluar daripada tilam anda, anda boleh membeli satu set getah elastik lalu ikat di sudut katil dan masukkan bawah tilam untuk memegang cadar secara setempat. Ini boleh didapati di mana-mana kedai cadar.
Cadar Sabella Teman Tidur Nyenyak Anda.
Jika anda peminat tegar koleksi Sabella, Penulis sarankan, anda membeli juga koleksi Cadar Sabella. Kehadiran malam pasti dinanti. Tak sabar nak baring di atas katil beralaskan SABELLA FITTED BEDSHEET. Sejuk dan selesa sentiasa. Baru sahaja baring pasti terus terlelap.
Jom kita lihat koleksi Cadar Sabella.
Keistimewaan Cadar Sabella
Anda perlu grab koleksi cadar ini kerana, terdapat pelbagai kesitimewaan, antaranya ialah;
- Material yang tebal iaitu 110gm dan elastic.
- Size. Terdapat di dalam 3 size, iaitu king size, queen size dan single size. Setiap pembelian cadar, akan di sertakan dengan sarung bantal dan sarung bantal peluk. Jom kita lihat size antara setiap cadar ini.
KING SIZE
- FITTED SHEET> 181 X 191+35CM (1PC)
- PILLOWCASES> 50 X 70+5CM (4PCS)
- BOLSTER> 38 X 107CM (1PC)
QUEEN SIZE
- FITTED SHEET> 151 X 191+35CM (1PC)
- PILLOWCASES> 50 X 70+5CM (4PCS)
- BOLSTER> 38 X 107CM (1PC)
SINGLE SIZE
- FITTED SHEET> 93 X 191+30CM (1PC)
- PILLOWCASES> 50 X 70+5CM (2PCS)
- BOLSTER> 38 X 107CM (1PC)
Dapatkan Cadar Sabella Teman Tidur Nyenyak Anda Dengan Segera!
Kalau ada yang berhajat ingin mencuba serta menambah koleksi cadar, elok sangat pilih dari jenama SABELLA. Sudah ramai muslimah yang jatuh hati dengan jenama ini. Sekali cuba pasti jatuh cinta serta tidak menoleh pada jenama yang lain.
Selain boleh di jadikan sebagai penggunaan seisi keluarga, anda boleh membeli sebagai hadiah untuk seseorang. Pasti akan jatuh hati!.
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan dan rasai sendiri pengalaman memiliknya .!.
Hubungi Dropship Sah Cadar Sabella. Di Jamin 100% Puashati.
Sis Lynn |CADAR SABELLA..!
Selain tuala, anda juga boleh dapatkan idea untuk memberi telekung sebagai pemberian kepada insan tersayang. Di sini penulis kongsikan beberapa port serta link untuk rujukan anda jika anda mahu membeli telekung. Pastinya ianya berkualiti.
Telekung Ramadhani HASNURI Collection.
Telekung Cantik Idaman Hati Muslimah.
Sekian, entri perkongsian dari penulis untu k anda. Di harap anda akan mendapatkan sedikit info serta idea mengenainya.
Leave a Reply