• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

by shazylin
September 18, 2023Filed under:
  • info

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

 

Assalamualaikum dan hai.

Bertemu kita lagi di slot info. Pada kali ini, penulis akan kongsi pengalaman anak kecil penulis melalui ujian saringan pendengaran.

Sebelum itu, jom penulis share perjalanan proses dari awal sehingga akhir.

Seperti mana kita maklum, anak penulis merupakan bayi yang lahir pramatang, iaitu pada usia kandungan 37 minggu 3 hari.

Memandangkan beratnya tidak sama dengan usia kelahiran, maka jaundis tinggi dan di masukkan ke dalam wad nursery selama 5 hari.

Selepas hari ke lima, barulah baby discharge.

Genap 5 bulan, tarikh 4.9.2023 maka bermula journey putera penulis, Addin Ramadhan untuk menjadi ujian saringan pendengaran.

Penulis,suamiil,ibu dan anak bertolak dari rumah jam 6.45 pagi. Memandangkan appoinment addin , jam 8.30 pagi dan jauh,kami bertolak selepas subuh. Sampai di Hospital Melaka, jam 8.15pagi.

Sesampai je sana, mula la penulis dan suami mencari parking kereta. 30 minit gak mencari parking. Betul-betul stress nak mati.

Pusing punya pusing, kami dapat parking kereta di Blok A. Tempat appoinment Addin di Blok C.

Berjalan lagi kami sekeluarga ke Blok C sambil bertanyakan pengawal serta staff di sana, di mana tempat saringan tersebut. Letih tak yah cakap,jauh betul menapak jalan kaki. Nak menangis pun ada.

Akhirnya sampai di tempat yang di tujui.

Sesampai di sana, terus penulis letakkan buku anak dan surat temujanji untuk pendaftaran.

Hampir 20 minit gak, untuk tunggu nombor addin di panggil selepas pendaftaran.

Selesai pendaftaran, nama Addin Ramadhan di panggil ke bilik 39.

Doktor menyuruh kami sebagai ibu bapa Addin Ramadhan, agar menidurkan anak supaya ujian pendengaran berjalan dengan lancar.

Seperti biasa, abah Addin akan menidurkan Addin.

 

Sebelum ujian di lakukan, gel akan di letakkan di sekelilinh tepi kepala dan alat pendengaran akan di pasangkan untuk memgambil bacaan melalui komputer.

Alhamdulillah, anak lulus ujian bagi kedua belah telinga dengan begitu mudahnya.

Syukur padamu Ya Allah, Engkau permudahkan segalaNya.

Dan paling penting, no more pakar perlu di lalui oleh Addin Ramadhan dan hanya perlu melalui klinik kesihatan sahaja tiap bulan bagi imunisasi dan timbang berat.

Selesai je, tengok cuaca hujan lebat. Penulis lak park kereta jauh di sanubari. Terpaksa Addin duduk dulu dengan nenek di lobi, sementara penulis dan husband untuk mengambil kereta. Alhamdulillah, kami singgah dulu di rumah adik penulis sebelum selepas zohor pulang ke rumah.

Begitulah coretan pengalaman Addin Ramadhan untuk ujian pendengaran.

 

 

Tagged:
  • Ujian pendengaran
  • Ujian saringan pendengaran

Post navigation

Previous Post Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
Next Post Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Tips Susu Badan Banyak- Perkongsian Penulis.

Copyright © 2025 ยท Shazylin.com