• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Tips Susu Badan Banyak- Perkongsian Penulis.

by shazylin
June 19, 2023June 19, 2023Filed under:
  • tips

Tips Susu Badan Banyak- Perkongsian Penulis.

 

Assalammualaikum dan hai.

Saat rahim kita di diami si kecil lagi, semua wanita yang bakal bergelar ibu, berkobar -kobar dan berazam untuk memberikan anak yang bakal lahir nanti hanya menggunakan susu badan.

Ini kerana,para ibu menyedari terlalu banyak manfaat yang anak mereka akan peroleh jika menyusui badan.

Begitu juga dengan penulis. Alhamdulillah kelahiran zuriat pertama, ada rezeki si kecil untuk menyusu badan yang secukupnya walaupun baru pertama kali bergelar ibu.

Justeru, di dalam artikel ini ,akan penulis kongsikan pengalaman sendiri, bagaimana untuk susu badan jadi banyak.

Bukan semua ibu, terutama yang pertama kali bergelar ibu, dapat menyusui anak mereka melalui terus susu badan. Ada yang tiada langsung rezeki .

 

Pengalaman Duduk Di Wad Selepas Bersalin.

Sehari selepas penulis bersalin, anak penulis di masukkan ke dalam nursery gara-gara jaundis yang tinggi. Yelah, al maklum, sebagai pertama kali bergelar ibu, diri dah stress sebab yang pertama anak dah kena masuk nursery dan yang kedua susu badan tak berapa nak banyak. Jadi kebetulan, pada masa itu, penulis di kunjugi oleh ketua jururawat yang incharge bahagian penyusuan.

Beliau telah datang ke wad yang sis diami, dan ajar bagaimana Tips Susu Badan Banyak.

  • Antara perkara pertama yang jururawat itu beritahu penulis, kita sebagai seorang yang bergelar ibu, untuk memastikan susu badan meriah dan ada, ibu jangan stress. Ini kerana, ia akan menganggu hormon mood untuk penghasilan susu.

 

  • Yang kedua, nurse tersebut memeriksa puting payudara kita , sama ada puting sesuai untuk baby atau tidak.

 

  • Yang ketiga, jururawat memberitahu, ibu yang pertama kali bergelar ibu khususnya, mesti rajin untuk membersihkan puting menggunakan air suam. Ini sepatutnya wajib dan perlu di lakukan dari semasa mengandung lagi , supaya puting tak tersumbat dan susu mudah keluar.

 

  • Keempat, teknik urutan pada payu dara. Teknik ini ,jururawat sendiri ajar kepada penulis. Teknik ini mesti di lakukan di dalam keadaan diri tenang  dan tidak stress. Antara tekniknya adalah seperti berikut:

 

  • Letakkan dua jari di satu bahagian payudara dan gerakkan jari dalam bentuk bulatan. Bermula di bahagian atas dan menuju ke arah puting. Buat dalam beberapa saat tanpa menggerakkan jari sebelum beralih ke kawasan lain. Lakukan pada keseluruhan payudara.

 

  • Ulang langkah 1 dengan meletakkan tiga jari di satu bahagian payudara.

 

  • Ulang langkah 2 dengan meletakkan empat jari di satu bahagian payudara.

 

  • Letakkan tangan secara melintang (rujuk gambar) di payudara dan gerakkan tangan bermula di bahagian atas dan menuju ke arah puting.

 

  • Letakkan tangan seperti mencakar (rujuk gambar) di payudara dan gerakkan tangan bermula di bahagian atas dan menuju ke arah puting.

 

  • Letakkan tangan secara menggenggam di payudara dan gerakkan tangan bermula di bahagian atas dan menuju ke arah putting.

 

  • Akhir sekali, gentel puting payudara secara lembut dengan menggunakan jari dan ibu jari.

Gambar seperti di bawah.

Tips susu badan banyak

 

 Video urutan tips susu badan banyak:

https://shazylin.com/wp-content/uploads/2023/06/CARA-URUTAN-SUSU.mp4

 

Tips Susu Badan Banyak , Tambahan Dari Perkongsian Penulis 

 

Antara alternatif lain yang penulis lakukan untuk meriahkan lagi susu antara adalah:

  • Banyakkan makan nasi putih dan jangan skip nasi .
  • Banyakkan minum air suam
  • Tukar minuman kepada malt, contohnya dari suka minum air yang berkafein seperti teh dan kopi, tukar kepada minuman seperti horlicks dan ovaltine dan campur dengan oat.
  • Cuba minum air longan kurma merah.

 

 

 

 

 

Tagged:
  • Cara banyakkan susu badan
  • Makanan banyak susu badan
  • Susu badan
  • Urutkan buah dada

Post navigation

Previous Post Coretan Kelahiran Anak Pertama – Addin Ramadhan.
Next Post Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com