Tidur Awal.
Assalammualaikum dan hai.
Di dalam artikel ini akan membincangkan mengenai tidur. Kenapa Kita Perlu Tidur Awal?
Siapa di sini suka tidur awal?
Siapa di sini susah untuk tidur ?
Dalam artikel ini akan di kupaskan satu persatu.
Pengenalan.
Kenapa kita perlukan tidur? Tidur ialah di mana badan serta otak kita sedang berehat dan menenangkan diri. Di mana ia merupakan satu proses yang sangat penting untuk insan yang bergelar manusia. Haiwan pun ada masa untuk tidur, ini kan pula kita manusia yang di ciptakan Allah, di mana pada waktu siang di perlukan untuk bekerja dan mencari rezeki, manakala pada waktu malam di gunakan untuk berehat dan beribadat kepadanya.
Oleh itu, setiap manusia perlukan tidur yang mencukupi bagi menjana semula tenaga yang telah di kerah pada siang hari.
Cara Tidur Nabi Muhammad S.A.W.
Jom ketahui posisi serta bagaimana cara tidur Nabi Muhammad S.A.W.
Tidur Miring Ke Arah Kanan.
Posisi tidur yang di anjurkan oleh Rasullullah S.A.W adalah tidur miring ke arah kanan. Ini kerana, untuk mengelakkan jantung kita terhimpit semasa tidur. Dengan tidur sebelah kanan, maka dapat mengurangkan risiko kegagalan jantung.
Meletakkan tangan kanan di bawah bawah pipi kanan
Nabi Muhammad juga ketika hendak tidur, baginda meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan. Dari kajian, ternyata di buktikan melalui tingkah laku ini, akan meluruskan postur badan kita.
Jangan tidur Meniarap
Rasulullah melarang umatnya tidur dalam keadaan meniarap. Ini merupakan satu perbuatan yang di murkai oleh Allah. Kajian ada menunjukkan jika kita selalu tidur dalam keadaan meniarap, ini secara tidak langsung akan merosakkan organ jantung kita, kerana jantung terpaksa mengepam dengan lebih laju kerana terhimpit.
Seterusnya, apabila hal ini terjadi, maka akan berlakunya sesak nafas kerana oksigen tidak sampai ke otak dan menyebabkan kematian di dalam tidur.
Jangan Tidur Telentang
Kajian menunjukkan jika kita tidur terlalu lama dalam posisi terlentang, maka hasil tidur kita akan terganggu. Ini di sebabkan kita akan memaksa dan menekan tulang punggung kita dan kesannya akan selalu terjaga kerana asyik membuang air kecil sahaja. Cuba anda perhatikan diri anda? kenapa setiap kali tidur, selang 3 jam akan terjaga untuk ke tandas? Perhatikan gaya tidur anda bagaimana.
Selain itu, tidur terlentang yang lama akan menyebabkan mulut anda terbuka. Ini secara tidak langsung , semasa akan tidur, maka akan anda menhidup udara dan debu – debu halus sehingga masuk ke dalam rongga kita. Di samping itu, tidur dengan mulut ternganga , di dalam kajian mendapati akan mudahkan gusi gigi anda menjadi tidak sihat, di sebabkan udara-udara halus yang anda sedut semasa tidur terus masuk dan melekat.
Tidur Awal Selepas Isya
Rasullullah mengalakkan umatnya tidur awak selepas isyak. Ini kerana, jika tiada sebarang kerja,amat di galakkan tidur awal selepas isyak kerana pada waktu malam, hati kita akan dapat menuetralkan racun di dalam badan. Selain itu, sangat membantu jika tidur awal bagi mendapatkan rehat secukupnya. Jika mendapat rehat secukupnya, badan kita akan sentiasa bertenaga untuk melakukan kerja.
Tidur setelah makan akan mengakibatkan proses pencernaan tidak berjalan dengan lancar.
Tips Mudah Untuk Tidur Awal.
Terdapat beberapa tips yang sangat mudah, jika kita amalkan , pasti boleh berjaya.
Beli lampu tidur, tidur dalam cahaya yang malap.
Setiap orang mmepunyai cara tidur yang berbeza. Jika anda sebelum ini suka tidur di dalam keadaan lampu yang terbuka, apa kata selepas ini, anda cuba beli lampu tidur dan tidur dalam cahaya yang malap. Ini kerana tidur di dalam cahaya yang malap amat mudah untuk mata kita lelap kerana keadaan yang sunyi serta tenang.
Off Handphone/ silent Handphone.
Jika anda ingin segera tidur, amat di galakkan untuk off handphone atau silent handphone bagi mengelakkan sebarang gangguan masa tidur anda.
Elakkan Hadap GAME!.
Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, elakkan diri anda hadap game sebelum mata terlelap. Ini kerana, jika anda fokus di situ, maka kualiti tidur anda akan tergendala kerana game bukan sekejap, tetapi berjam-jam lamanya. Kalau boleh, waktu tdur hendaklah kita manfaatkan sebaiknya sebelum kita sendiri di tidurkan buat selamnya.
Elakkan tidur siang terlalu lama.
Tidur siang yang di galakkan adalah selama 30 minit sahaja. Jika anda terlebih tidur siang, maka apada sebelah malam akan menyukarkan mata anda untuk lelap . Hal ini kerana, anda mempunyai badan rehat yang terlalu panjang pada waktu siang, dan menyukarkan pada waktu malam organ anda untuk berehat pada masa yang sebetulnya
Kosongkan Minda Sebelum Lelapkan Mata.
Sebelum lelapkan mata, selain off handphone, anda mestilah kosongkan otak anda. Jangan fikir hal kerja atau yang merumitkan kepala otak anda. Anda mesti kosongkan minda. Contohnya boleh berzikir atau pada zaman dahulu kala, jika susah hendak lelap kira anak kambing biri-biri sehingga kita terlelap dengan sendirinya.
Sebab ALAMI Masalah Sukar Tidur Ketika Malam.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang susah tidur awal antaranya seperti berikut :
Banyak minum air kaffein
Apabila pada waktu siang dan malam kita terlalu banyak minum air yang berkaffein, maka ini akan menyukarkan mata kita untuk lelap dengan mudah.
Merokok
Merokok menyebabkan anda sukar untuk tidur. Terutama pada semua perokok tegar. Sudah menjadi tabiat mereka, akan menghisap 2-3 batang sebelum tidur. Buat kata kaki rokok, ambil feel dulu.
Stress
Otak yang serabut serta terlalu banyak masalah menyebabkan kita sukar untuk melelapkan mata Ini kerana, kita sentiasa memikirkan apa yang hendak di lakukan dalam keadaan yang tidak tenang.
Tidur Berjam Lama Pada Waktu Siang
Apabila anda menghabiskan terlalu panjang waktu siang anda untuk tidur, secara tidak langsung pada seselah malam anda akan menjadi seperti burung hantu yang menjaga kawasan.
Makan makanan terlalu heavy
Makan terlalu banyak dan juga terlalu heavy menyukarkan anda untuk melelapkan mata. Jika hal ini sentiasa berterusan, maka sistem penghadaman anda akan alami masalah pada masa jangka panjang.
Fanatik dengan media sosial dan game.
Zaman teknologi yang serba canggih ini, kebanyakan orang suka menghabiskan masa sehingga ke pagi melayan media sosial seperti tiktok dan Meta, sehingga mengabaikan waktu tidur yang betul.
Kebaikan Tidur Awal.
Sepertimana kita ketahui terdapat banyak kebaikan jika kita tidur awal, antaranya :
Muka akan cantik.
Bagaimana nak kaitkan muka cantik dengan tidur awal? Apabila kita cukup tidur, secara automatik muka kita tidak mudah kusam, mata tidak lebam dan kulit tidak kering. Berbanding dengan orang yang ada masalah sukar untuk lelapkan mata, anda boleh lihat bagaiman muka mereka dan perangai mereka, semua serba tida kena!.
Detoks berjalan dengan betul
Dengan mengamalkan tidur yang betul, secara tidak langsung memudahkan urusan proses penghadaman di dalam badan kita. Ini kerana, sewaktu kita tidur , organ di dalam tubuh kita di bahagian pencernaan akan bekerja untuk mendetoksifi badan kita.
Bangun awal
Apabila kita tidur awal, jadi segala urusan kita pada keesokkan harinya akan bertamah mudah. Ini kerana, badan kita sudah mempunyai rehat dan tenaga yang mencukupi. Jadi jika anda seorang yang beragama Islam, maka mudah untuk anda melakukan solat subuh tanpa perlu melakukan subuh gajah setiap kali menjelang subuh.
Murah Rezeki
Didalam Islam, telah di gariskan antara salah satu punca rezeki murah adalah dengan bangun awal ketika subuh. ini kerana pada waktu itu, malaikat yang membawa rezeki akan turun memberi rahmat kepada hambanya yang bangun pada awal subuh untuk beribadat dan memohon rezekinya pada masa itu.
Penutup
Allah menciptkan setiap ciptaanNya berpasang pasangan. Yang mana, malam bersama siang, pagi bersama petang. Oleh itu, ciptaan Allah menjadikan siang dan malam ada hikmah di sebaliknya, yang mana kita sebagai manusia di muka bumi ini hendaklah sentiasa taat dan beriman denganNya.
Kejadian siang di ciptakan Allah untuk hambanya dalah untuk bekerja mencari rezeki yang halal dan pada waktu malamnya adalah untuk berehat dan bermunajat kepadaNya.
Kita sebagai hamba yang kerdil di muka bumi ini hendaklah taat dengan segala perintah Allah dan jangan lalai dengan apa yang di suruhnya.
Jagalah kesihatan dengan sebaiknya setelah di kurniakan oleh pencipta kita yang Maha Agung.
Sekian, entri untuk hari ini.
Leave a Reply