• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

LUAHAN Wanita Untuk Suami?.

by shazylin
December 28, 2021Filed under:
  • info

LUAHAN Wanita Untuk Suami?.

Assalammualaikum dan hai.

Tajuk entri yang cukup berat untuk penulis membicarakan.

Pernah dengar lirik ini …

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung

 

Wanita adalah satu makhluk ciptaan yang di jadikan oleh Allah dari rusuk lelaki itu sendiri. Di mana Allah menciptakan sendiri untuk melengkapi hidup si lelaki.

Wanita dan emosi berpisah tiada. Ini kerana, pada Saat perempuan tersebut menerima lamaran nikah dari si teruna dan sah bergelar isteri, 100 peratus jiwa dan raganya hanya di serahkan kepada si isteri.

Namun, sebagai seorang suami, tahukah anda apa LUAHAN hati mereka yang di pendam? Diluar nampak gembira, tersenyum, menurut kata, tetapi di dalam? Hanya wanita sahaja yang mengetahuinya.

 

 

LUAHAN Wanita Untuk Suami?.

Apa LUAHAN Wanita untuk Suami?

Adakah wanita ingin duit ? kasih sayang ? kekebebasan ? kefahaman atau lain-lain ?.

Jom kita lihat apa sebenarnya yang terpendam akan di coretkan di dalam artikel ini sepenuhnya.

 

Mentaati Agama

Setiap wanita inginkan seorang suami yang pandai mengemudi kapal bahteranya.Kukuhnya rumah tangga apabila suami sentiasa mentaati perintah agama iaitu pandai mencari rezeki yang halal dan yang paling penting boleh menunaikan solat 5 waktu sehari tanpa culas. Ini kerana, penceraian pada hari ini segalanya bermula apabila pasangan kekurangan ilmu agama di dalam diri masing-masing.

 

Adil

Adil di sini bukan bermaksud bernikah dua semata-mata. Adil yang di maksudkan wanita ialah menjaga kebajikan isterinya dari segi perbelanjaan. Bukannya si suami hanya mementingkan diri atau keluarga sebelah lelai sahaja. Tahukah anda, ramai lelaki memandang ringan terhadap perkara ini? Si suami hanya pentingkan dirinya serta keluarganya sahaja, tanpa memikirkan si isteri. Isteri memendam rasa dan tidak ingin menderhaka, maka di turuti juga walaupun jiwa rasa sakit.

 

Perhatian

Wanita yang bergelar isteri sentiasa inginkan perhatian dari suaminya. Perkara perhatian ini sering di endahkan. Suami hanya beri perhatian pada isteri pada awal perkahwinan sahaja, lama kelamaaan si suami buat hal sendiri . Selalunya wanita yang bergelar isteri ini sahaja memberontak kerana inginkan perhatian dari suami yang leka dengan dunia mereka sendiri. Suami sibuk dengan gajet sehingga apa yang di perkatakan isteri di padang enteng sahaja.

 

Pandai mencari rezeki

Ramai orang kata, selepas nikah pintu rezeki akan terbuka luas. tetapi harus ingat, rezeki harus di cari dan bukan di tunggu. Kebanyakan kes pencaeraian juga pada hari ini kerana wujudnya suami yang malas mencari rezeki. Segalanya berharap pada si isteri. Seolah-olah isteri yang menjadi ketua rumah tangga dan menyara keluarga. Suami sebagai ketua rumah harus pandai mencari rezeki. Jangan biarkan isteri anda keseorangan mencari rezeki sehingga dia berasa fed up dan meninggalkan anda. Dan jangan menjadi PEMALAS, mengharapkan duit si isteri. Kena ingat jika isteri tidak redha atas segalanya, maka susah rezeki hendak datang pada suami.

 

Jujur

Didalam hubungan suami isteri, harus ada sifat jujur di antara dua pihak. Kejujuran penting untuk memastikan hubungan yang di bina kemnal sehingga ke akhir hayat.

 

Ikhlas

Didalam mendirikan rumah  tangga, bukan setakat jujur, perkataan IKHLAS sangat penting di dalam rumah tangga. Ikhlas di sini ialah suami menerima segala kebaikan dan keburukan isteri dan isteri menerima kebaikan dan keburukan suami. Pada zaman yang serba canggih ini, keretakan rumah tangga apabila sibuk suami membandingkan isteri dengan wanita lain. Jangan selepas kita bernikah, isteri banyak makan hati dengan suami. Pastikan suami ikhlas atas segalanya, begitu juga dengan isteri.

 

Kepercayaan

LUAHAN Wanita Untuk Suami pada seterusnya adalah kepercayaan. Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang suami, dan bukannya bersikap buruk sangka. Contohnya jika isteri meminta untuk keluar mencari rezeki, bagi menambahkan pendapatana, jangan suami berburuk sangka dan tidak percaya dengan isteri.

 

Lemah Lembut

Ada sebab kenapa wanita memilih kamu sebagai pasangannya. Salah satunya adalah sikap lemah lembut pada si suami. Wanita tidak suka jika suaminya seorang yang baran dan cepat melenting ketika berlakunya sesuatu masalah. contohnya, jika isteri jenis panas baran, suami pun panas baran? Agak-agak selesai ke tidak masalah tersebut? sudah tentu tidak., Jadi bila isteri tengah marah, suami hendaklah menjadi bijak di mana tunjukkan sifat lemah lembut, pujuk dengan cara lemah lembut dan bukan dengan mengasarin.

 

Rajin

Rajin di dalam rumah tangga di mana, isteri meninta suami menolong hendalah suami ringan tangan dan bukan hanya buat tidak tahu sahaja. Di dalam rumah tangga , suami kena ada satu sikap rajin untuk menolong isteri tanpa di minta, contohnya seperi cuci bilik air atau siram pokok bunga atau tolong memasak dan mengemas. Jangan jadikan isteri anda sebagai hamba yang menurut perintah. Isteri akan lebih menyayangi anda jika anda sendiri ringan tulang menolong tanpa di ketuk dahulu , kemudian baru jalankan kerja. Sesungguhnya, tugas isteri di rumah lebih berat dari isteri yang bekerja. Ini kerana tugas yang di lakukan tidak akan pernah habis sepanjang masa. Cuba anda perhatikan isteri anda di rumah? sempat ke mereka hendak make up tebal selagi kerja rumah tidak selesai? make up hanya akan tercalit jika hendak kleuar rumah sahaja unyuk berjalan!.

Memahami

Sekiranya isteri anda sering moody, sesungguhnya mereka perlukan suami yang memahami mereka. Suami kena fahami , kenapa tingkah laku isteri mereka begitu. Perkataan penat tidak mampu di luahkan oleh isteri. Hanya suami yang betul-betul memahami sahaja akan faham kenapa kekadang isteri badmood dan memberontak. Contonya, jika isteri sering marah-marah anda, anda kena fahami dan jangan buat gelak kosong sahaja.

 

Kesimpulan:

Itulah serba sedikit Luahan Wanita Untuk Suami. Suami yang baik ialah suami yang sentiasa menjaga bahtera keluarganya sehingga ke akhir hayatnya. Jika ada masalah, berbincang baik baik dan bukannya ambil kesempatan. Sesungguhnya anda merupakan suami yang bertuah kerana isteri memilih and sebagai pasangan hidupnya. Jagalah isteri anda sebaiknya dan FAHAMI, PERHATIKAN LUAHAN Nuraninya. Kekadang isteri hanya memendam rasa dan hanya menangis sendirian untuk melepaskan lelah yang di tanggungnya tanpa di sedari oleh seorang suami.

Suami perlu menjaga amanah yang di serahkan oleh orang tua pihak perempuan dengan sebaiknya. Saat terlafaznya akad ijab dan qabul , maka besarlah tanggungjawab yang selama ini dipikul oleh ibu dan ayah perempuan di serahkan kepada insan baru yang bergelar suami.

Semoga semua suami di sana memahami akad yang lafazkan ketika bersalaman dengan ayah mertua serta bersaksikan iman dan wali.

Sekian, entri info pada hari ini.

Semoga segala coretan di manfaatkan sepenuhnya.

Tagged:
  • Apa Wanita Ingin Dari Suami
  • LUAHAN Wanita Untuk Suami?.

Post navigation

Previous Post Tidur Awal Kenapa Sangat Perlu?.
Next Post Bantuan Keluarga Malaysia 2022.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com