Telekung Kanak-Kanak Annisaa Premium.
Assalammualaikum dan hai.
Thaun 2022 merupakan lembaran baru bagi ANNISAA HQ , di mana selain menyediakan telekung dewasa, pihak HQ juga menyediakan telekung cilik untuk anak-anak di atas permintaan ramai.
Pada artikel review kali ini, penulis akan bercerita mengenai telekung kanak-kanak Annisaa yang pastinya buat anda serta si cilik jatuh cinta apabila sudh sampai di tangan anda.
Ada yang berhajat untuk hadiahkan telekung buat puteri tersayang? Jangan lupa dapatkan hanya di Annisaa.
Jika anda mmepunyai puteri yang masih berumur 12 tahun ke bawah dan berhajat untuk mengajar mereka bersolat, maka jangan ketinggalan untuk mendapatkan sepasang dua . Ini kerana, si cilik pasti akan rajain ikut si ibu untuk menunaikan solat bila mereka sudah ada telekung sendiri.
Apa yang penting, kita sebagai ibu janganlah lokek dan berkira untuk membeli telekung cantik buat si anak, ini kerana seawal umur inilah, tanggungjawab kita mengajar mereka bersolat.
Pernah anda mendengar satu lirik nasyid yang berbunyi;
”didiklah anak-anakmu bersembahyang sedari umurnya tujuh tahun..bimbinglah mereka lakukan kebaikan, hidup dan mati kerana tuhan”
Islam sendiri menggariskan, di mana ibu dan bapa perlu lah mengajar anak-anak untuk bersolat seawal umur 7 tahun. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daari rebungnya. Jika sudah tua baru nak ajar anak, maka susah jawabnya. Kerana buluh yang muda sudah tua dan susah untuk di lenturkan bagi memberi teguran.
BACA JUGA :Telekung Annisaa Pilihan Muslimah.
Kenapa Telekung Kanak-Kanak Annisaa Premium Menjadi Pilihan
1.On Point Bahagian Muka.
On point bermaksud telekung tersebut mestilah di jahit kemas terutama pada bahagian dahi. Apabila di jahit kemas, , maka mudah dan selesalah kain tersebut untuk stretch mengikut muka kita. Pentingnya jahitan kemas serta on point supaya anak rambut muslimah susah hendak keluar apabila menyarungkan telekung tersebut .Telekung yang baik apabila bahagian muka ada getah. Pelapik dagu material getah dan paling penting ianya fix dengan saiz muka tanpa perlu pakai serkup.
2. Material Selesa Serta Kain Sejuk, Sedap Dipakai.
Kualiti kain yang selesa juga memainkan peranan penting si pemakai apabila ingin bersolat. Ini kerana, kain yang selesa, terletak elok di muka, tidak singkat sangat di titikberatkan. Bayangkan anda beli kain murah untuk solat? sekali sarung, spoil mood untuk solat. Jadi, sebagai muslimah yang sentiasa menjaga adab ketika solat, jangan berkira nak dapatkan telekung yang selesa dan material selesa serta kain sejuk. Yang untungnya kita, bila semuanya selesa , maka secara tidak langsung kita akan nampak cantik dan kemas. Bila lagi teringin nak cantik cantik ketemu Allah. Inilah masanya!.
Keistimewaan Telekung Kanak-Kanak Annisaa Premium.
Ibu bapa wajib dapatkan sepasang telekung cilik, sebab terdapat banyak sangat keistimewaanya yang tidak ada pada telekung kanak-kanak yang lain. Antaranya ialah :
Material
Material pada kali ini lain dari lain, ini kerana untuk telekung cilik ini, kain yang di gunakan bagi menghasilkan telekung ini ialah menggunakan high quality cotton crepe. Ini bermaksud, Sejenis kain lembut mudah dijaga dan tidak berkedut. Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas.
Antara kelebihan high quality cotton crepe ialah:
1- TERASA LEMBUT
(Sifat kain yang cukup halus)
2-LEBIH RINGAN
(rasa sejuk, selesa & flowy)
3- TIDAK JARANG
( Serat kain sangat rapat)
4-TAK TURUN WARNA @ TIDAK MUDAH LUNTUR
( apabila di cuci)
5- TEKSTUR CREPE
( seperti butiran pasir yang teratur)
6- 10% ELASTIK
( kain yang memeri, strechable)
Tidak Melekap badan dan Anti kedut
Keistimewaan yang kedua pula ialah, kain telekung ini tidak melekap di badan. Sepertimana kita ketahui, makhruh jika kita memakai pakaian solat yang melekap pada badan. Justeru itu, untuk mengajar anak kita bersolat, perkara asas yang mereka perlu tahu ialah , untuk menghadap Allah swt, kita perlu memakai pakaian yang cantik, tidak jarang dan apatah lagi yang melekap. Ini kerana, sebagai muslimah yang sentiasa menjaga adab ketika solat, jangan berkira nak dapatkan telekung yang selesa dan material selesa serta kain sejuk. Yang untungnya kita, bila semuanya selesa , maka secara tidak langsung kita akan nampak cantik dan kemas. Bila lagi teringin nak cantik cantik ketemu Allah.
Umur
Untuk pengetahuan anda, had umur bagi telekung Kanak-kanak ini adalah di antara 4 tahun sehingga 12 tahun dan maksimum ketinggian adalah 140 cm sahaja.
Gambar-Gambar Koleksi Telekung Kanak-Kanak Annisaa Premium.
Di sini penulis lampirkan beberapa warna telekung ini bagi merambangkan mata anda semua. Yang pasti ianya unik, simple, serta mempunyai seni sulaman yang halus dan akan membuat anda sebagai muslimah jatuh hati dengan koleksi terbaru dari Annisaa ini.
Dapatkan Segera Telekung Kanak-Kanak Annisaa Premium.
Kalau ada yang berhajat ingin menghadiahkan telekung cilik ini kepada anak anda, elok sangat pilih telekung Annisaa. Sudah ramai muslimah yang jatuh hati dengan jenama ini. Sekali cuba pasti jatuh cinta serta tidak menoleh pada jenama yang lain.
Telekung Annisaa di hasilkan dari kain premium cotton, mempunyai harga yang mampu milikserta beribu testimoni yang telah di terima.
Apa tunggu lagi? Jom dapatkan dan rasai sendiri pengalaman memilik telekung Annisaa!.
Hubungi Agen Sah Telekung Annisaa Anda Sekarang. Di Jamin 100% Puashati.
Sis Lynn | Agen Sah Telekung Annisaa!
Leave a Reply