• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Port Supai Semakin Dilupakan.

by shazylin
December 10, 2021December 10, 2021Filed under:
  • travel

Port Supai Semakin Dilupakan.

Entri travel kali ini akan menceritakan perjalanan kami ke Kuala Linggi setelah bernikah. Kami menjejak kota tinggalan lama yang semakin di lupakan oleh setiap pengunjung .

Memandangkan salah seorang dari kami bukan penduduk Melaka, jadi penulis membawa suami ke tempat bersejarah iaitu di Port Supai, Kuala Linggi, Melaka. 

Pernah bertanya pada suami, awak tahu ke tidak tempat sejarah ni? Beliau berkata tidak tahu. Pada pandangan penulis, hanya A Famosa sahaja yang familir di dalam fikirannya.

Jom terokai sejarah di sini:

Tempat sejarah ini terletak di muara sungai Linggi iaitu bersempadan dengan Negeri Sembilan. Nama lain bagi port supai ialah Kota Kuala Linggi. Dibina oleh sepasukan belanda yang pada masa tersebut di gelar sebagai sipoi (supai). Juga di kenali sebagai Kota Meriam Patah. Di katakan di gelar sebagai Kota Meriam Patah kerana terdapat sebuah meriam patah yang di jumpai selepas kota ini tidak di gunakan.

Pembinaan kota ini adalah tanda pendamaian antara Bugis dan Belanda. Pembinaan kota ini adalah sebagai kubu pertahanan di samping memantau pergerakan musuh . Kota ini juga merupakan tempat untuk memungut cukai hasil bijih timah yang di bawa keluar dari pendalaman Rembau-Kuala Linggi.

 

Jom lihat permandangan tapak kota

tapak kota port supai

tapak kota

tapak kota port supai

Aktiviti memancing

Walaupun ini merupakan tapak lama, tetapi ramai yang mengambil peluang untuk memancing di sini.

port memancing

Apa yang menarik di Kota Port Supai?

Di sini, selain tempat sejarah , ianya juga menjadi tumpuan pelancong luar pada waktu malam untuk menikmati ikan bakar sambil menikmati air sungai . Medan ikan bakar di namakan sebagai Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai

Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai menawarkan makanan yang segar-segar, di mana pelanggan yang datang boleh pilih menu fresh dan pekerja akan masakkan ikut kehendak pelanggan, Menawarkan harga yang berbaloi dan mempunyai kawasan yang bersiih.

Restoren ini beroperasi pada waktu petang sehingga malam. Bagi yang berminat, amat di galakkan untuk membuat tempahan awal bagi slot tempahan meja.

Jom lihat pemandangan di Restoran Ikan Bakar Terapung Port Supai.

Restoran Ikan Bakar Terapung Port Supai.

 

Restoran Ikan .Bakar Terapung Port .Supai.

 

VIEW Restoran Ikan Bakar Terapung Port Supai.

Kesimpulan

Jika anda singgah di Pengkalan Balak Masjid Tanah, jangan lupa singgah di Kuala Linggi untuk menikmati sejarah tempat ini yang semakin lama di lupakan.

Tagged:
  • Port Supai
  • Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai

Post navigation

Previous Post Agen Sah Popia Cheese Berhantu.
Next Post Bahan Utama Vitamilk Vanilla Booster.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com