Pes Kari Hijau Ayam Brand.
Assalammualaikum dan hai.
Giveaway datang lagi pada penulis. Kali ini daripada aym brand pula. Apa yang penulis dapat dari si abang posemen ialah pes kari hijau.
Penulis jarang dapat giveaway dari jenama ayam brand ni. Dah alamg-alang dapat, jadi penulis ambil kesempatan gunakan giveaway yang di beri, kita masak dan buat review.
Ramai tanya, macam mana penulis rajin sangat peroleh giveaway macam-macam product.
Penulis ada join https://www.hometesterclub.com/
Bagi yang berminat untuk mendapat giveaway, anda boleh sign up hometesterclub di https://www.hometesterclub.com/my/en/account/join product
Jika anda selalu dapat giive away dari hometester ini, apabila anda telah menerima product , maka anda perlu buat review, post di web hometester.
Mereka akan beri kita email notification jika ada product yang akan di beri sebagai giveaway.
boleh baca juga : Maggi Pes Perisa Udang Giveaway.
Apabila kita sebut mengenai jenama Ayam Brand, maka terlintas di minda pelbagai produk dari jenama ini seperti santan, sardin, koktail serta pes masakan.
Jenama ini sudah popular dari zaman sebelum penulis lahir lagi iaitu merupakan jenama yang menyediakan produk yang tidak mengandungi bahan pengawet, tanpa tambahan MSG, tanpa pewarna dan hanya menggunakan bahan yang bukan GMO.
Ia merupakan Makanan Halal Produk Sejuk Beku Ayam Brand ™ diperakui HALAL oleh JAKIM.
Ayam Brand memperkenalkan tiga pes kari Thai tulen bersesuaian dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini yang kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan untuk diri sendiri, malah kepada keluarga.
Jenama makanan isi rumah di negara yang telah bertapak sejak 128 tahun itu menawarkan Thai Green Curry Paste (Pes Kari Hijau Thai) yang ikonik, Thai Red Curry Paste (Pes Kari Merah Thai) yang digemari ramai dan Thai Yellow Curry Paste (Pes Kari Kuning Thai) yang kurang pedas dan mesra kanak-kanak.
Kari Hijau Ayam Thai sesuai digandingkan dengan ayam atau udang dan ia enak disajikan dengan nasi panas.
Pes Kari Merah pula sangat bersesuaian jika digandingkan dengan daging lembu, bebiri dan kambing.
Kari Kuning Ayam dan Lobak Merah Thai pula bakal menjadi kegemaran kanak-kanak serta golongan dewasa yang tidak menggemari hidangan pedas.
Jadi, artikel kali ini adalah mengenai Resepi Pes Kari Hijau Thai.
Penulis sempat juga melihat bahan-bahan di dalam pes ini. Antaranya adalah seperti Bawang besar, gula, cili hijau, bawang putih, serai, lengkuas, kacang soya minyak, ketumbar, gula aren, garam, ikan sos (ikan ekstrak, garam), daun limau purut, serbuk ketumbar, lada putih, jintan manis, ekstrak yis. Mengandungi ekstrak yis sebagai penambah rasa yang dibenarkan.
Pes Kari Thai Ayam Brand membolehkan anda menyediakan kari berkualiti setaraf dengan masakan restoran dalam masa 20 hingga 25 minit.
Resepi Pes Kari Hijau Ayam Brand Giveaway!
Caranya:
- Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis dua pek kecil (50gm) Pes Kari Hijau Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga harum.
- Kemudian, masukkan 8 ketul ayam dan gaul dan masak sehingga lembut.
- Tambahkan Santan Klasik Ayam Brand™. Biarkan mendidih dan sesudah mendidih, kecilkan api. Biarkan ia selama 5 minit.
- Masukkan lobak yang telah dipotong dan bersama ubi kentang. Masak sehingga sayuran lembut.
- Untuk hidangan yang lebih wangi dan pedas, hiaskan dengan daun limau purut, cili merah yang dihiris dan serai.
Leave a Reply