• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Menu Buka Puasa Nasi Goreng Kambing.

by shazylin
February 14, 2022Filed under:
  • resepi

Menu Buka Puasa Nasi Goreng Kambing.

 

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi pada kali ini berkenaan dengan menu buka puasa. Maklumlah bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi dan yang pastinya anda pasti buntu ingin masak apa untuk menu juadah berbuka bagi puasa selama 30 hari.

Apabila di sebut dan di utara mengenai puasa, maka tidak kira teruan, si dara atau ibu sibuk memikirkan juadah apa ye untuk aku hidangkan .

Jadi juadah pertama pada hari ini yang dapat di kongsikan ialah Menu Buka Puasa Nasi Goreng Kambing. Apabila di sebut nasi goreng, pernah tak anda terfikir dan terlintas untuk inovasikan nasi goreng anda menggunakan kambing? Cuba try sekali, pasti aka repeat.

Yelah, di bulan puasa lah kita akan memikirkan menu yang istimewa untuk keluarga tercinta, di mana dapat berbuka bersama-sama setelah seharian kita berpuasa.

 

BACA JUGA : Ayam Goreng Tepung Gandum.

 

Bagi yang meminati kambing, anda patut untuk mencuba resepi ini.

Seperti biasa, akan di kongsi bahan-bahan, cara penyediaan dan kaedah memasak.

Pertama kali kita lihat dahulu bahan-bahannya adalah seperti berikut

Senarai Bahan-Bahan:

  • 6 Sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 ikat daun pasli/ketumbar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 1/2 kilo daging kambing
  • 1 cawan buah zaitun
  • 4 cawan nasi putih
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam.

 

Cara Awalan Penyediaan

#Pertama , senarai bahan seperti

  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 ikat daun pasli/ketumbar
  • 2 ulas bawang putih

Dincincang halus dan di asingkan di dalam mangkuk yang berlainan.

 

#Kedua, 1/2 kilo daging kambing dicuci dan di toskan airnya.

 

#Ketiga, 5 biji cili merah dibersihkan dan dibuang bijinya, kemudian di cincang halus.

 

#Keempat, 1 cawan buah zaitun di kupas serta di buang bijinya.

 

Menu Buka Puasa Nasi Goreng Kambing.

Cara-Cara Memasak Menu Buka Puasa Nasi Goreng Kambing.

  • Pertama, 6 Sudu besar minyak zaitun di panaskan di dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah di cincang tadi sehingga naik bau.
  • Kedua, masukkan daging kambing yang tekah di bersihkan dan telah di toskan tadi. Gaul sebati bersama dengan bahan yang telah di tumis tadi. Pastikan daging ersebut masak sehingga rata. Kawal api supaya tidak hangus.
  • Ketiga, Perasakan dengan garam dan lada hitam. Kemudian gaul kan kembali.
  • Keempat, Masukkan pula 5 biji cili merah dibersihkan dan dibuang bijinya, kemudian di cincang halus. Gaul lagi sehingga semuanya sebati.
  • Kelima, masukkan pula buah zaitun yang telah di buang bijinya bersama dengan 4 cawan nasi putih. Gaul kesemuanya sehingga rata.
  • Keenam, taburkan daun pasli yang telah di cincang tadi. Gaul sekejap dan boleh di tutup api
  • Sedia untuk di hidangkan untuk menu buka puasa.

 

sekian perkongsian pada hari ini.

Semoga resepi yang di kongsi di sini memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

Tagged:
  • Menu Buka Puasa

Post navigation

Previous Post Manfaat Mandi Sebelum Subuh Bagi Pasangan.
Next Post Telekung Ibunda Hasnuri Cantik.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan โ€“ Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 ยท Shazylin.com