Masjid Tionghoa Melaka. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.
Entri kali ini berkenaan travel sis bersama pasangan di Masjid Tionghoa Melaka. Sepertimana yang ketahui, Melaka Bandar Raya Bersejarah merupakan salah satu Negeri yang terkenal dengan pusat pelancongan, dan salah satu adalah Masjid Cina atau di kenali Masjid Tiongha.
Rakyat di sini menggelar tempat ini sebagai Beijing kerana simboliknya susur bina masjid tersebut.
Pertama kali sampai di sini, kami melalui pintu gerbang dan seolah-olah berada di Negeri Cina. Lokasi yang tenang, kawasan lanskap yang bersih menyerlahkan lagi keindahan di sini.
Masjid ini terletak di Krubong Melaka, iaitu anda akan memasuki lorong ke Stadium Hang Jebat sebelum sampai ke destinasi.
Di kenali sebagai Masjid Cina Al-Muttaqin. Masjid ini di bina pada tahun 20212 dan telah siap pada Jun 2014. Struktur Masjid ini menyerupai istana di Cina, Jadi sebab itulah rakyat di sini menggelarnya sebagai Masjid Beijing atau Masjid Cina. Pembinaan masjid ini adalah gabungan daripada rekabentuk dan seni bina beberapa bentuk masjid dari Beijing, Shanghai dan Xian .Berkeluasan adalah 2.4hektar , di mana mampu menampung penduduk yang bersolat seramai 1,500 orang pada satu masa.
Masjid ini juga seperti masjid lain yang di lengkapi dengan pelbagai kemudahan di samping menyediakan ruang parking kereta yang luas.
Kunjungan yang sesak di masjid ini adalah pada hujung minggu, di mana ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bersesi fotografi serta menunaikan solat di sini.
Jom lihat gambaran luaran masjid ini.
Antara tumpuan utama pelancong di Masjid Cina ini adalah kesenian tulisan kaligrafi di dalam masjid tersebut serta tumpuan dua biji bangunan pagoda. Yang menariknya adalah ini merupakan masjid yang ketiga yang bercirikan cina selepas di Kelantan dan di Perak.
Masjid Cina ini juga menjadi tumpuan para mualaf untuk melafazkan shadah di sampiing mempunyai bilik bacaan yang dapat menampung seramai 30 orang pada satu masa. Terdapat banyak buku bacaan yang di sumbangkan oleh Jabatan Agama Islam Melaka bagi menggalakkan pelancong yang datang ke sini meluangkan masa .
Di samping itu, aktiviti sosial bersama masyarakat setempat kerap diadakan di sini bagi menghidupkan masjid ini terutamanya pada bulan puasa.
Penutup
Jika anda berkunjung ke Melaka, jangan lupa untuk singgah di Masjid Cina ini. Walaupun lokasinya agak tersorak dan ke dalam, tapi apabila anda menjejakkan kaki ke sini, anda akan merasai seolah olah sedang berada di negeri Cina.
Leave a Reply