Jenama Telekung Travel 2023 Exclusive.
Assalammualaikum dan hai.
Apabila di sebut mengenai telekung, sudah pasti para muslimah di luar sana akan mencari telekung yang mudah di bawa ke mana-mana atau pun letak je di dalam kereta agar tidak mudah tertinggal di rumah.
Seperti mana yang kita ketahui, telekung merupakan pakaian solat yang di pakai oleh muslimah ketika hendak bersolat, tidak kira di rumah atau pun di luar ketika melakukan aktiviti.
Sesuaian dengan tajuk travel, maka di sini penulis akan berikan beberapa jenama telekung travel 2023 yang menjadi igauan muslimah kerana ianya trending mengikut peredaran tahun .
Kebanyakan muslimah, sebelum membeli pakaian solat iaitu telekung, mereka akan pastikan jenis material, ada tak dapat beg telekung dan sebagainya .
Ini kerana, apabila sudah ada set telekung bersama dengan sejadah serta beg, maka ianya mudah untuk di bawa ke mana-mana.
Dari segi harga, memang ada range setiap harga mengikut jenama yang di keluarkan. Bahkan ada juga yang mengikut kemampuan kita sebagai pengguna untuk membelinya. Maka terpulang pada individu itu, ingin pilih yang mana satu mengikut kemampuan.
Selain harga, pemilihan jenis material juga memainkan peranan untuk muslimah membelinya. Ada yang suka fabrik jenis cotton kerana ianya material kain yang sejuk ketika ingin bawa solat.
boleh baca juga : Tasbih Digital Moden.
Jom kita lihat , beberapa tips untuk pemilihan telekung yang betul. Antaranya ialah :
- Tidak Berbau Apabila Dibasahi Peluh.
Selain pemilihan telekung yang cantik, Muslimah juga mesti mengambil kira faktor kain tersebut apabila bersolat di ruangan yang panas serta kekurangan kipas. Ini kerana, kain yang elok dan selesa itu penting untuk pakaian muslimah untuk bersolat. lagi pula cuaca panas tidak menentu sekarang.
Ada hari panas teramat dan kebetulan bersolat di tempat yang panas, serta pakai pula telekung kain material panas. Maun berpeluh berjimbah. Justeru itu, material yang bagus penting bagi mengelakkan telekung kita berbau ketika kita bersolat.
Kain yang tidak berkualiti akan cepat berbau menyebabkan kita tidak dapat fokus solat kerana terhidu baunya yang menyengat.
- Material Selesa Serta Kain Sejuk, Sedap Dipakai.
Kualiti kain yang selesa juga memainkan peranan penting si pemakai apabila ingin bersolat. Ini kerana, kain yang selesa, terletak elok di muka, tidak singkat sangat di titikberatkan. Bayangkan anda beli kain murah untuk solat? sekali sarung, spoil mood untuk solat.
Jadi, sebagai muslimah yang sentiasa menjaga adab ketika solat, jangan berkira nak dapatkan telekung yang selesa dan material selesa serta kain sejuk. Yang untungnya kita, bila semuanya selesa , maka secara tidak langsung kita akan nampak cantik dan kemas.
Jom kita lihat Jenama Telekung Travel 2023 Exclusive.
Jenama Telekung Hiqmah
Siapa di sini kenal memey suhaiza? Beliau merupakan icon untuk jenama telekung hiqmah. Telekung hiqmah menyediakan telekung solat bermutu tinggi untuk muslimah menunaikan solat dengan lebih selesa.
Terdapat beberapa jenis telekung hiqmah yang sesuai untuk di buat travel, kerana ia menyediakan set telekung bersama dengan pouch beg, dan ada juga yang di sediakan bersama dengan mini sejadah.
Terdapat 7 series keluaran telekung antaranya adalah seperti berikut :
- Naura series
- Lily series
- Azalea series
- Omayra series
- Hajna Series
- Safwah series
- Qadeeja series
Apa yang bestnya jika anda membeli telekung hiqmah ialah, ada juga telekung bersaiz sehingga 6xl. Menarik bukan? Sebab bukan mudah untuk kita membeli telekung plus size yang selesa.
Anda boleh buat pembelian terus di kedai melalui link ini:
Jenama Telekung Hasnuri
Siapa di sini peminat Hasnuri?
Telekung Madeena merupakan koleksi khas premium Hasnuri dengan rekaan telekung moden minimal tampil cantik dan selesa disamping dapat mengerjakan ibadah solat dengan sempurna.
Keistimewaan Telekung Travel Madeena Cantik Oleh Hasnuri.??
- Sesuai untuk travel
- Lapisan bawah dagu yang lembut dan selesa
- Sesuai untuk semua jenis muka
- Tali ikat belakang yang kemas
- Rekaan logo embroidery HASNURI pada pouch beg telekung
- Didatangkan bersama pouch beg telekung comel yang sama dengan warna telekung
- Pakaian ibadah yang tidak jarang dan selesa dipakai sepanjang melaksanakan ibadah
- Eksklusif tagging HASNURI pada bawah telekung
Jom dapatkan dan rasai sendiri pengalaman memiliki Telekung travel Hasnuri Cantik.!
Jenama Telekung Sabella
Selalunya anda hanya lihat telekung sekali dengan kain kan, tetapi Sabella telah menginovasikan keluaran telekung mereka iaitu hanya seperti jubah sahaja, di mana muslimah tidak perlu untuk pakai telekung dan kain. Mereka hanya sekali sarung sahaja dan boleh terus bersolat.
Anda wajib untuk pilih dan grab promosi Telekung Khadeeja ini kerana, ia merupakan telekung yang mudah, di mana hanya sarung sahaja, di samping ianya on point pada si pemakai. Memang anda tidak akan rugi punya, di samping menjimatkan masa anda.
Buat para ibu ,Telekung Khadeeja dari Sabella ini akan memudahkan anda semua untuk bersiap untuk pergi bekerja. Ini kerana telekung ini di kenali sebagai telekung travel. Sebab ia memudahkan segala urusan para wanita di luar sana. Tidak perlu pening dah, mana nak cari telekung, mana nak cari kainnya. Dengan telekung Khadeeja dari Sabella ini, hanya sekali sarung sahaja, ibarat anda menyarung jubah.
Hubungi Agen Sah Telekung Khadeeja Printed Sabella Anda Sekarang. Di Jamin 100% Puashati.
Maka inilah Carian Utama Jenama Telekung Travel 2023 Exclusive.ang paling dicari di Google sehingga kini.
Dan harap ia bermanfaat dan memberi sedikit idea pada anda semua ya.
Leave a Reply