• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ikan Cencaru Bakar Dan Air Asam.

by shazylin
June 20, 2022Filed under:
  • resepi

Ikan Cencaru Bakar Dan Air Asam.

Assalammualaikum dan hai.

Pagi hujung minggu yang indah, penulis lemparkan resepi menu sihat.

Bagaimana dapat idea? Ini kerana, penulis hampir bosan makan makanan menggunakan bahan yang sama sahaja.

Jadi, tanpa membuang masa, start enjin kereta dan mula pergi ke Pantai Kemunting,Pengkalan Balak. Pergi bukan saja-saja, tetapi ingin  terus membeli ikan segar tanpa ubat.

Sebab penulis suka walk in sendiri pergi ke tempat nelayan berbanding pergi pasar kerana, penulis tidak sukakan keadaan yang sesak dan berlaga buntut serta bahu.

Jadi terasa aman dan selesa dan paling penting mudah untuk berurusan tanpa menunggu lama.

Ikan pun dapat fresh tanpa sebarang letakan ubat untuk ikan jadi segar dan tahan lama.

Penulis juga suka membeli terus dari nelayan kerana, bukan setakat ikan je segar tetapi pada masa sama boleh hirup udara angin pantai. Nyaman!.

Apabila kita sebut tentang ikan bakar, terdapat pelbagai ikan boleh di bakar tetapi untuk entri ini, penulis menggunakan ikan cencaru atau lebih popular dengan nama ikan jaket. Kenapa nama ikan jaket? Sebab ikan tu ada pakai jaket keras di kulitnya.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi membakar, penulis menggunakan kuali ajaib yang telah lama di beli dan jarang di pakai. Manakan tidaknya, selepas pakai, wajib basuh, dan simpan semula di dalam kotak.

Sampaikan suami pun bertanya, sejak bila ada pemanggang ajaib di rumah ni?..haha

kuali ajaib hig original

 

Memandangkan sudah habis coletih, jom penulis kongsikan.

Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.

Resepi Ikan Cencaru Bakar Dan Air Asam.

bahan untuk ikan:

  • 4 ekor ikan cencaru
  • 4 helai daun kunyit
  • lidi untuk kepit daun kunyit

 

Bahan untuk isi di dalam ikan:

  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji cili besar merah
  • 10 biji cili api
  • sedikit air
  • 1 batang serai

 

Bahan untuk air asam

  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 10 biji cili api
  • air asam jawa
  • 1 biji tomato
  • garam
  • gula
  • ajinomoto

 

Cara Penyediaan Dan Memasak Resepi Ikan Cencaru Bakar Dan Air Asam.

Pertama, ikan tersebut di kelar tepi untuk kita isikan nanti isi di dalamnya. Selepas di kelar, cuci bagi bersih-bersih.

Kedua, blend halus Bahan untuk isi di dalam ikan, kemudian letak di dalam bekas.

  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji cili besar merah
  • 10 biji cili api
  • sedikit air

Ketiga, bahan yang telah di blend tadi, masukkan ke dalam badan ikan dan tutup dengan daun kunyit. Korang cucuk dengan lidi supaya ikatan daun kunyit yang balut dengan ikan tadi tidak terbuka.

Masukkan kesemua ikan yang telah siap tadi ke dalam kuali ajaib, bakar guna api yang sederhana supaya ikan masuk 100 peratus.

Keempat, blend halus juga untuk kuah air asam .Bahan untuk air asam

  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 10 biji cili api
  • air asam jawa

untuk tomato, anda hanya perlu potong dadu sahaja dan campurkan di dalam kuah air asam dan perasakan dengan

  • garam
  • gula
  • ajinomoto

 

Lampiran Gambar Sepanjang Tempoh Memasak:

 

Ikan Cencaru Bakar Dan Air Asam.

 

 

 

 

Jom sama sama kita bantu menjaga kesihatan orang tua kita bersama NUT3GOLD. Susu KHAS untuk ORANG DEWASA. Dapatkan sekarang sementara stok masih ada. Nut3Gold mempunyai 30 sachet bersamaan dengan 1 bulan.

Sekiranya , anda sering sakit sendi, selain mendapatkan Susu, anda juga boleh grab sekali GEL Int3Gold.

 

Ikhtiar Masalah Kesihatan Anda Sekarang Dengan INT3GOLD!

 

Buat keputusan dan ayuh dapatkan Nut3Gold daripada pengedar yang sah sekarang!. Jadi jom bantu Ibu Bapa kita kekal sihat dan bertenaga diusia mereka. Balas jasa baik mereka dengan sewajarnya

Tekan Untuk Call 

Tekan Untuk Whatsapp

Tagged:
  • air asam
  • ikan bakar
  • ikan cencaru bakar

Post navigation

Previous Post Geran Kandungan Digital 2022 Telah Dibuka!.
Next Post Suit Umrah Haji Dari Sabella.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com