Geran Kandungan Digital 2022 Telah Dibuka!.
Assalammualaikum dan hai.
Artikel info kali ini adalah berkaitan dengan Permohonan Baru Geran Kandungan Digital.
Apa itu Geran Kandungan Digital?
Diperkenalkan pada 2021 oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) sebagai sebahagian daripada program di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA). Ini merupakan program yang menawarkan geran yang dilaksanakan dalam tempoh 3 – 6 bulan untuk membantu pemain industri kreatif tempatan menghasilkan harta intelek baharu dan menarik, melaksanakan pemasaran digital dan aktiviti – aktiviti pengedaran harta intelek.
Ia adalah bertujuan membantu dan menggalakkan kesinambungan serta kemapanan pengamal industri kreatif negara, selaras dengan norma baharu berikutan pandemik Covid-19.
Ia merupakan salah satu inisiatif pembiayaan yang direka untuk industri kandungan kreatif bagi tahun 2022.
Objektif DCG
- Untuk mendorong penciptaan kandungan kreatif digital baharu yang ada supaya dapat diterima, dipasarkan dan dipamerkan di seluruh dunia
- Untuk memberi peluang dan menyediakan platform kepada pencipta kandungan kreatif digital untuk mengembangkan dan menghasilkan kandungan kreatif digital
- Untuk menyokong pencipta kandungan kreatif digital dalam pemasaran digital dan mempromosikan kandungan kreatif digital sedia ada
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka permohonan baharu di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia 2022 (Geran Kandungan Digital 2022) bermula 16 Jun 2022 Sehingga 29 Julai 2022.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, ianya sangat penting dalam membantu pencipta kandungan digital merealisasikan idea mereka ke dalam bentuk produk sedia untuk dipasarkan. Pencipta kandungan digital memiliki pelbagai idea menarik, tetapi mereka sukar memulai dan mendapatkan dana.
MDEC menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) untuk membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.
Geran Kandungan Digital 2022 Telah Dibuka!.
Cara memohon Pendaftaran untuk Geran Kandungan Digital 2022.
Pendaftaran dibuka sehingga 29 Julai 2022 dan mereka yang berminat boleh melayari https://mdec.my/dcgprisma2022 untuk maklumat lanjut.
Kejayaan setiap permohonan adalah tertakluk kepada permohonan yang lengkap, dana yang sedia ada dan penilaian projek
Flow Pemprosesan :
Pemohon terpilih akan dijemput ke sesi pembentangan yang dijadualkan pada Ogos, sebelum kelulusan diumumkan menjelang September 2022.
Selepas mendapat kelulusan, penerima geran akan diberi tempoh selama enam bulan bagi menyiapkan kandungan digital mereka, merangkumi sama ada Filem Animasi Pendek, Episod Pilot, Treler Pendek, kandungan untuk Pengumuman Pesanan Khidmat Awam (PKA), Permainan Digital/ Media Interaktif Lengkap (Demo atau Prototaip) atau Komik Digital/ Komik Bergerak Lengkap.
baca juga : Subsidi Carseat Anak.
Siapa Yang Layak Memohon?
Geran Kandungan Digital 2022 menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada syarikat, perusahaan dan syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) untuk membangunkan kandungan baharu atau sedia ada di pasaran dalam bentuk animasi, komik digital, media interaktif dan permainan digital.
Leave a Reply