• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Checklist Persediaan Bersalin.

by shazylin
January 22, 2023Filed under:
  • info

Checklist Persediaan Bersalin.

 

Assalammualaikum dan hai.

 

Saat apabila usia kandungan sudah mencecah 9 bulan, maka bermulalah bakal mommy untuk menyediakan senarai untuk persediaan bersalin.

Checklist bergantung kepada tempoh masa anda berada di dalam wad bersalin.

Checklist Persediaan Bersalin ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu dari segi fizikal dan dari keprluan barang-barang yang perlu di bawa.

Dari segi persediaan fizikal, sudah tentu bakal mommy akan berasa gementar, terutama untuk yang pertama kali bakal bergelar ibu. Pelbagai senaman anda boleh lakukan untuk bersalin. Hanya perlu lakukan senaman santai dan tidak perlu terlalu gelojoh. Elakkan melakukan senaman yang melompat dan menekan perut.

Dari segi persediaan barang pula, terdapat beberapa kelengkapan yang anda perlu bawa untuk diri anda dan juga bakal bayi yang akan lahir nanti. Selalunya persediaan kelengkapan ini perlu di sediakan setelah bakal mommy memasuki trimester ketiga pada minggu ke 35. Ini kerana, ada je bakal mommy yang bersalin awal terutama yang berisiko tinggi seperti yang ada risiko gdm.

 

Baca juga : GDM Masa Hamil. Pengalaman Ibu GDM.

 

 

Checklist Persediaan Bersalin.

Terdapat beberapa checklist yang bakal mommy perlu alert untuk di bawa ke hospital, antaranya ialah :

 

  • Dokumen Penting

Dokumen penting di sini ialah seperti berikut :

  • Buku pink
  • Kad pengenalan
  • Sijil nikah
  • surat kebenaran suami untuk ke labour room

Pastikan kesemua ini, bakal mommy perlu masukkan ke dalam satu folder plastik khas, supaya mudah untuk segala urusan.

 

  • Peralatan Mandian

Pastikan bakal mommy membawa peralatan mandian tersendiri, tidak usah bawa yang besar, hanya bawa yang travel kit sahaja seperti syampu, sabun, pencuci muka, dan lain-lain telah disiap pek dalam beg hospital.

 

  • Telefon, Pengecas dan Powerbank

3 item ini, wajib ada ketika bakal mommy warded di dalam hospital.

 

  • Sweater dan Stoking

Untuk pengetahuan anda, saat anda berada di labour room, suasana bilik amatlah sejuk. Jadi, di dalam beg hospital anda, jangan lupa di masukkan swearter dan juga stoking.

 

  • Snek Ringan dan Air

Disarankan bakal mommy membawa kudapan snek ringan dan juga air. Anda boleh sediakan tarmus untuk bekalan air panas anda. Amat tidak disarankan makan makanan berat ketika sedang melalui proses bersalin, jadi snek berkhasiat seperti biskut, kurma, dan kacang dapat mengelakkan bakal mommy dari berasa lapar dan dapat memberi tenaga.

 

  • Bra dan pad 

Pastikan anda membawa bra yang mudah bagi memudahkan anda menyusukan bayi anda. Selain itu, pad  amat di wajibkan ketika sudah bersalin, Zaman sekarang, sudah banyak jenama yang mengeluarkan pad yang moden , ada yang jenis pants, ada yang jenis bertali.

 

  • Pakaian mommy

Pakaian mommy perlulah yang selesa dna tidak perlu membawa banyak. Ini kerana, apabila anda berada di wad, pakaian anda tidak di perlukan, anda hanya memakai pakaian hospital Jadi pakaian mommy hanya di perlukan saat anda discharge sahaja. Jadi anda hanya perlu membawa tudung 2 helai, kain batik 2 helai, baju 2 helai dan seluar dalam untyk di pakai bersama dengan pad.

 

  • Pakaian baby

Sediakan pakaian baby yang mencukupi. Pada zaman sekarang, sudah di jual palstik zip lock untuk baby. Jadi anda boleh ikuti senarai apa yang perlu di masukkan ke dalam plastik ziplock tersebut.  Antara pakaian baby seperti bedung, pampers, stokin, serta baju baby.

 

  • Susu formula dan botol susu

Anda juga boleh selitkan susu formula dan botol susu sebagai back up, incase selepas bersalin, susu anda tidak keluar. Ini kerana, saat lahirnya bayi, mereka akan menangis kelaparan. Jadi, nasihat penulis, sediakan susu formula as back up, untuk mengelakkan anak anda sentiasa menangis,

 

Kesimpulan

Inilah beberapa senarai kebanyakan barang yang diperlukan seperti dalam senarai di atas, simpan beg hospital Mommy berdekatan dengan pintu rumah supaya senang untuk ambil bila perlu bergegas ke hospital.

Semoga bermanfaat dan selamat melalui proses bersalin!

 

 

Tagged:
  • barang persediaan bersalin
  • Checklist Persediaan Bersalin.
  • Persediaan Bersalin.

Post navigation

Previous Post Tali Pusat Bayi : Apa Bakal Ibu Dan Ayah Perlu Tahu.
Next Post Batu Tenggek , Port Santai Minum Petang.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com