Buah Bagus Ibu Hamil
Berita mengenai hamil, sering di tunggu oleh setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Saat isteri anda sahkan dirinya hamil setelah melakukan ujian opt dan pengesahan di klinik, maka bermulalah detik, di mana bakal ibu perlu memikirkan apa makanan yang berkhasiat bukan untuk dirinya sahaja, tetapi untuk zuriat yang ada di dalam rahimnya sehingga zuriat tersebut berusia 9 bulan.
Selain di bekalkan dengan ubat oleh doktor, ibu hamil juga perlu consume buah , di mana buah itu sendiri mempunyai vitaminnya yang tersendiri bukan sahaja untuk anda , bahkan untuk anak yang di kandungnya.
Justeru itu, di dalam artikel ini, penulis akan kongsikan Senarai Buah Bagus Untuk Ibu Hamil.
Terdapat 10 jenis buah terbaik ibu hamil, di mana penulis akan kongsikan satu persatu.
Buah Bagus Untuk Ibu Hamil.
Pisang
Seperti mana kita ketahui, pisang merupakan buah yang tinggi dengan folat, vitamin c serta magnesium. Sebab itu di sarankan, ibu hamil wajib consume pisang bagi mengelakkan anda terkena dengan sembelit. Saat anda hamil, dan bayi yang semakin membesar, peluang untuk anda kena sembelit teramat tinggi.
Baca sini : Sembelit Masa Hamil. Pengalaman Perit Ibu Hamil.
Kiwi
Saat kita mengandung, diri anda akan mudah terkena dengan penyakit batuk dan selesama. Buah kiwi merupakan buah yang baik untuk ibu hamil makan, kerana mengandungi vitamin yang tinggi sepeti A, E dan C. Selain itu, ia di perkaya dengan magnesium yang bagus untuk pembesaran bayi anda.
Jambu Batu
Jika anda merupakan seorang yang ada penyakit anemia serta mempunyai kandungan sel darah yang rendah serta turun naik masa hamil, penulis sarankan anda perlu dan paksa diir untuk makan jambu batu. Nurse dan doktor juga akan suggestkan perkara yang sama kepada anda.
Selain di perkaya dengan pelbagai vitamin, ia juga mampu membantu memberi pencernaan dan kekuatan pada saraf bayi.
Epal
Jika anda ada masalah gdm serta bila pergi klinik untuk check up, tekanan darah naik je memanjang, jadi penulis sarankan anda perlu amalkan untuk makan buah epal.
Epal kaya dengan zink serta mengandungi vitamin A,E dan D. Di samping ia mempu meningkatkan sistem imum ibu dan bayi.
Pir
Bagi bakal ibu yang ada diabetis, amalan makan buah pir amat di galakkan , selain memakan buah epal . Ini kerana, Buah pir mengandung vitamin C yang berguna untuk menjaga sistem kekebalan tubuh agar tetap kuat dan melindungi sel-sel tubuh ibu hamil serta janin yang dikandung dari bahaya radikal bebas.
Kemudian, kandungan vitamin C pada buah pir juga dapat mencegah ibu hamil dari anemia. Pir juga baik untuk usus anda, jadi anda tidak lah perlu sengsara semasa hamil di sebabkan masalah sembelit.
Delima
Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas.
Bagi ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi. Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Avokado
Selain ada vitamin C, B dan K, buah avokado mengandungi zat besi yang tinggi, di mana ia bagus untuk pertumbuhan bayi semasa di dalam rahim kita.
Ini kerana, ia mempengarhi perkembangan otak dan sistem saraf bayi.
Mangga
Selain pisang, mangga juga bagus untuk ibu hamil. Ini kerana, ianya juga atasi masalah sembelit ketika anda hamil.
Tembikai
Siapa di sini ada masalah kencing tidak lawas semasa hamil? Jadi anda perlu rajin untuk consume buah tembikai. Ini kerana, ia akan melancarkan sistem saluran air kencing anda. Di samping itu, jika nak anak anda lahir kulit gebu, kemerah-merahan, anda juga boleh amalkan tembikai.
Tembikai juga kaya antioksida dan vitamin A yang menjaga organ penglihatan bayi serta melindungi bayi daripada radikal bebas.
Di samping itu, vitamin C yang terdapat dalam buah tembikai membantu meningkatkan sistem imun badan ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selesema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.
Oren
Selain di perkaya dengan vitamin C, di dalam buah oren, Oren juga di katakan mampu untuk atasi masalah mual oleh ibu hamil ketika anda hendak makan ubat yang di bekalkan oleh pihak klinik.
Selain itu, ia merupakan buah yang elok untuk atasi masalah sembelit serta tekanan darah tinggi.
Dengan comsume buah oren semasa hamil, ia akan melahirkan kulit bayi anda yang cantik serta bebas dari sebarang radikal bebas. Buah oren juga adalah salah satu sumber magnesium. Magnesium adalah salah satu mineral yang diperlukan untuk penyerapan kalsium dalam badan secara optimum. Jadi sebab itulah ia dikatakan menguatkan tulang dan gigi.
Leave a Reply