Bihun Goreng Simple Masa Demam.
Assalammualaikum dan hai.
Salam perkenalan untuk pembaca sekalian.
Entrei resepi kali ini ialah berkenaan dengan bihun goreng simple masa demam.
Rarekan nama!
Sebabnya memang masa memasak tu, sememangnya tengah demam, batuk dan selesema. Ntah bila akan sembuhnya.
Masa tengah tak sihat nie la . tekak nak makan macam2. Akhirnya , terjadilah resepi yang simple ini.
Sebelum berkongsi resepi ini di entri, jom penulis kongsikan satu tips, iaitu salah satu surah yang memang sangat masyhur sebagai amalan menjemput rezeki.
Surahnya ialah Surah al-Waqiah – Pembuka Rahsia Rezeki.
Dan cara membacanya pun pelbagai. Ada yang membacanya setiap petang . Ada yang membacanya sebanyak 41 kali dalam satu majlis. Ada yang membacanya sekali setiap malam.
Salah satu kelebihan jika kita rajin membaca surah Al -Waqiah pada waktu malam ialah kita tidak akan ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya .
resepi lain : Laksa Utara Style Saya Simple.
Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.
Bahan-bahan Bihun Goreng Simple Masa Demam.
- 3 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- serbuk lada sulah
- 1 sudu lada hitam
- 1/2 kiub pati bilis
- 1/4 lobak merah
- 1/4 kobis
- 2 batang sawi
- 1 tangkai lada besar merah
- garam
- sekeping bihun goreng.
- minyak masak
- 1 keping ayam
- 4 biji bebola ikan
- sedikit air.
Cara Awalan Penyediaan:
Pertama, rendam sekeping bihun sehingga lembut. Penulis guna bihun siam, Sebabnya tidak perlu rendam air panas, hanya rendam air biasa selama 30 minit, kemudian bihun akan lembut sendiri. Apabila sudah lembut, boleh tapiskan airnya.
Kedua, tumbuk halus bahan-bahan ini:
- 3 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 1 sudu lada hitam
- 1/2 kiub pati bilis
Ketiga, kesemua sayur di potong dan di toskan air. Sayurnya ialah :
- 1/4 lobak merah-lobak di pootng dadu
- 1/4 kobis-di potong halus
- 2 batang sawi -di potong.
- 1 tangkai lada besar merah di potong halus.
Keempat, bahan isi ayam dan bebola ikan di potong serta di bersihkan dan toskan airnya.
Cara memasak Bihun Goreng Simple Masa Demam.
Pertama, panaskan minyak masak. Kemudian masukkan bahan yang telah di tumbuk tadi. Kacau sehingga bau. kemudian masukkan isi ayam dan bebola ikan yang telah di masak. Masak sehingga isi ayam masak. Masukkan sedikit air, jika terlalu kering.
Kedua, masukkan kesemua sayur yang telah di potong. Kacau. Kemudian, masukkan bihun, lada sulah, sedikit garam dan kacau sehingga sebati dan masak.
Rasakan, jika tawar, letak garam. Jika ok, apabila bihun sudah nampak kering sedikit, maka sudah boleh di angkat dan hidangkan!.
Penutup.
Owh ye, sebelum terlupa, jika anda inginkan tuala yang berkualiti serta ingin berikan hadiah buat seseorang, boleh cari di sini :
Hubungi Agen Sah Tuala Hasnuri. Di Jamin 100% Puashati.
Sis Lynn |Telekung Ramadhani HASNURI..!
Selain tuala, anda juga boleh dapatkan idea untuk memberi telekung sebagai pemberian kepada insan tersayang. Di sini penulis kongsikan beberapa port serta link untuk rujukan anda jika anda mahu membeli telekung. Pastinya ianya berkualiti.
Leave a Reply