• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ayam Sambal Sedap Dan Mudah.

by shazylin
December 20, 2021Filed under:
  • resepi

Ayam Sambal Sedap.

Assalammualaikum dan hai. Salam 1 Malaysia, Satu Keluarga Malaysia.

Resepi entri pada hari ini ialah masakan ayam sambal. Siapa di sini penggemar ayam? Ayam boleh di masak untuk pelbagai menu seperti masak merah, gulai cili api, grill atau di goreng sahaja jika malas.

 

boleh baca juga  :Ayam Goreng Cili Api Garing.

 

Kebetulan tengah ari tadi masak , jadi akan di kongsikan perkongsian di sini.

Yang penting ianya mudah, cepat dan SEDAP.

Pada kali ini , penulis matchingkan menu sambal ayam dengan kangkung goreng.

Jom kita lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.

 

 

 

Ayam Sambal Sedap Dan Mudah.

Bahan-bahan :

  • 6 ketul ayam
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • kunyit
  • garam
  • gula
  • ajinomoto
  • asam jawa
  • 3 senduk cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • minyak masak
  • daun bawang

 

Cara penyediaan awalan:

  • Ayam di basuh bersih, kemudian letakkan kunyit serta garam.
  • Panaskan kuali, goreng ayam tersebut sehingga kekuningan dan separuh masak.
  • toskan ayam apabila sudah masak.

bahan-bahan tumbuk:

  • ambil 4 biji bawang merah, 1/2 inci halia, 2 biji bawang putih , kemudian tumbuk sehingga hancur.
  • tumbuk 1 batang serai separuh hancur

 

bahan hirisan

  • Daun bawang di hiris halus-untuk di letak pada sambal selepas siap masak
  • 1 biji bawang besar di hiris-untuk di campur pada ayam

 

Cara masak ayam sambal sedap:

  • Panaskan minyak yang telah di goreng ayam tadi. Kemudian tumis serai sehingga baik bau. Penulis memang akan letak serai, supaya nanti masakan ayam menjadi wangi.
  • Kemudian, masukkan pula bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi. Tumis sehingga kekuningan.
  • Masukkan 3 senduk cili kering. Tumis cili kering sehingga garing Jika minyak terkurang, boleh tambahkan minyak ye.
  • Setelah hasil tumisan cili telah masak dan garing, masukkan air asam jawa. Penulis main agak-agak sukatannya. Jika tiada asam jawa, maka boleh letakkan 1 keping asam keping yang kecil.
  • Perasakan dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula, apabila sambal telah masak.
  • Letakkan ayam garam yang telah di toskan, letakkan juga 1 biji bawang besar yang telah di hiris. Kemudian gaul sehingga rata.
  • Hidangkan , kemudian ambil daun bawang, gunting serta taburkan atas sambal tersebut.

 

Tagged:
  • Ayam Sambal

Post navigation

Previous Post Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
Next Post Bakso Ringkas Dan Pastinya Sedap.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com