• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ayam Masak Halia Simple Sedap.

by shazylin
June 3, 2022June 3, 2022Filed under:
  • resepi

Ayam Masak Halia Simple.

 

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi kali ini berkaitan dengan ayam masak halia simple. Sebenarnya ini permintaan ibu penulis, selepas penulis sampai daru rumah.

Sebelum itu, penulis keluar untuk mendobi segala tito yang ada di dalam bilik. Al maklumlah musim kesihatan yang tidak terlalu mengizinkan, dari cuaca yang panas terik dan tetiba hujan.

Jadi penulis ambil keputusan untuk mencuci segala toto,selimut di dobi untuk buang kuman. Di tambah dengan kesihatan keluarga yang mengalami batuk tanpa henti walaupun sudah makan ubat klinik.

Sesampai sahaja di rumah, ibu penulis kata, hari ini kita makan ayam halia je la, sebab tekak pun tak berapa nak elok lagi.

Jadi penulis pun menunaikan hasrat ibu yang tercinta.

Menu tersebut akan di kongsikan sekejap lagi, tetapi sebelum itu, seperti biasa akan ada info yag penulis akan kongsikan di sini buat pembaca sekalian.

Info nya ialah berkaitan dengan lada hitam. Apa kebaikan lada hitam. Memandangkan resepi ini ada terselit lada hitam, apa kata kita ketahui apa kebaikannya untuk badan kita.

 

Apa kebaikan lada hitam

 

 

Baik untuk Pencernaan

Lada hitam mentah mengandung asam hidroklorat yang membantu pencernaan di lambung. Asam hidroklorat tersebut dapat membantu membersihkan usus dan juga mengurangi risiko gangguan pencernaan lainnya. Jadi, tak ada salahnya lebih sering menambahkan sejumput lada hitam ke dalam makanan Anda.

 

 

Mencegah Sembelit

Jika kamu buang air besar kurang dari tiga kali dalam seminggu, itu tandanya kamu mengalami sembelit. Menambahkan lada hitam ke makanan setiap hari akan membantu mengatasi masalah ini.

 

 

Membantu Penurunan Berat Badan

Lada hitam membantu menurunkan berat badan dan dapat dicampurkan dengan teh hijau dua hingga tiga kali sehari.

 

 

Membantu Mencegah Kanser

Lada hitam juga terdiri dari antioksidan, vitamin A dan karoten, yang semuanya membantu mencegah kanser dan penyakit mematikan lainnya

boleh baca juga: Sambal Tempe Bilis Kacang Tanah Sedap.

 

 

Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.

Resepi Ayam Masak Halia Simple Sedap.

bahan-bahannya ialah;

  • 4 ketul ayam
  • kunyit
  • garam
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2inci halia
  • 1 sudu lada hitam
  • 1/2 pati kiub bilis
  •  1 sudu tepung jagung
  • 1 biji lada besar merah
  • 1 biji lada besar hijau
  • serbuk lada sulah
  • secubit gula

 

Cara Awalan Penyediaan Resepi Ayam Masak Halia Simple Sedap.

Pertama, 4 ketul ayam di potong kecil-kecil. Cuci kemudian toskan airnya. Selepas itu, lumurkan dengan garam dan kunyit untuk kita goreng separuh masak.

Kedua, lima bahan ini di hiris halus  dan di masukkan di dalam bekas.

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2inci halia
  • 1 biji lada besar  merah
  • 1 biji lada besar hijau

Ketiga, 1 sudu lada hitam di tumbuk halus. Ketepikan

Keempat, 1 sudu tepung jagung di bancuh dengan air untuk kuah menjadi pekat. Jika ayam banyak, anda kena perbanyakkan jumalh tepung jagung beserta bahan unyuk di hiris ye.

 

 

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Halia Simple Sedap.

Ayam Masak Halia Simple Sedap.

Pertama, panaskan minyak, kemudian goreng ayam yang telah di gaul dengan kunyit . Masak ayam tersebut separuh masak atau sudah kekuningan. Kemudian, toskan ayam tersebut

Kedua, hasil dari minyak gorengan ayam tadi, keluarkan minyak lebihan dan tinggalkan untu kita goreng hirisan bahan yang telah di hiris tadi. Goreng sehingga naik bau.

Ketiga, masukkan lada hitam yang telah di tumbuk kasar, masukkan juga lada sulah, 1/2 kiub pati bilis, serta air tepung jagung. Kacau sehingga mendidih. Jika anda inginkan kuah banyak, lebihkan sukatan tepung jagung tersebut dengan air.

Keempat, masukkan ayam yang telah di goreng tadi, gaul. Letakkan secubit gula. Kemudian rasa.Jika tawar letak sedikit garam halus. Kemudian, sedia untuk di hidangkan.

 

 

Penutup;

jika anda teringin untuk mencuba baju kurung yang cantik, premium dan material nampak mahal di mata manusia, anda boleh mencuba baju kurung dari jenama AFRAHLISA.

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan dan rasai sendiri pengalaman memilik BAJU AFRAHLISA!.

Hubungi Agen Sah BAJU AFRAHLISA Pilihan Muslimah Anda Sekarang. Di Jamin 100% Puashati.

Sis Lynn | Agen Sah BAJU AFRAHLISA!

Tekan Untuk Call 

Tekan Untuk Whatsapp

 

Tagged:
  • Ayam Masak Halia

Post navigation

Previous Post Bihun Goreng Simple Masa Demam.
Next Post Jenis Bunga Keladi Beracun.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com