• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Pisang Goreng Crispy Anti Gagal.

by shazylin
December 7, 2021Filed under:
  • resepi

Pisang Goreng Crispy Anti Gagal.

Assalammualaikum Dan Hai.

Pisang merupakan salah satu menu sihat dan di gemari oleh ramai. Menu pisang boleh di dapati dalam pelbagai rupa dan bentuk. Contohnya seperti pengat pisang, cekodok pisang, pisang goreng dan sebagainya.

Antara khasiat pisang adalah ianya kaya dengan serat serta Vitamin A. Justeru itu, siapa yang tidak gemak memakan pisang amatlah rugi. Pisang juga amat popular di kalangan yang sembelit, kerana dengan makan pisang dapat melawaskan sistem pencernaan kita. Di samping amat terkenal sebagai menu diet, kerana dengan memakan pisang dapat mengwal selera makan kita dengan banyak. 

Pisang amat sesuai di makan pada awal waktu pagi, di mana boleh di campuri dengan oat serta susu. Dengan mengamalkan menu sihat ini pada awal pagi, ia dapat memberi kita tenaga di samping berupaya menurunkan berat badan.

Pada entri kali ini akan di kongsi pisang goreng crispy yang confirm anti gagal. Resepi ini di tulis setelah bersarapan pada hari ini. Menu sis pada hari ini adalah untuk makan dua orang.

Jom lihat bahan-bahan yang di perlukan.

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 3 biji pisang
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh  tepung beras
  • satu cawan tepung gandum
  • setengah sudu teh susu pekat
  • secubit garam halus
  • sedikit kunyit serbuk
  • air tapisan.-sis guna air suam dari penapis air iaitu Sk magic.(1 cawan ke 
  • minyak masak

 

Cara penyediaan :

  • Pertama ialah satukan satu cawan tepung gandum, satu sudu teh tepung beras serta tepung jagung. Letakkan secubit garam halus, sedikit serbuk kunyit dan setengah sudu teh susu pekat. Kemudian letak air tapisan .Gaul tepung tersebut sehingga sebati dan tiada ketulan. Jika adunan terlalu cair, letakkan sedikit tepung gandum , pastikan adunan tidak cair dan tidak terlalu likat. Bila sebati, biarkan seketika.

 

  • Kedua, kupas pisang dan potong mengikut saiz yang di kehendaki. Kemudian pisang tersebut masukkan ke dalam tepung yang telah di sediakan. Gaul manja sahaja untuk pastikan keseluruhan pisang di saluti dengan adunan tepung.

 

  • Ketiga, panaskan minyak dalam kuali dengan secukupnya. Kemudian masukkan pisang yang telah di adun dengan tepung tadi. Goreng sehingga masak. Toskan minyak dan sedia untuk di hidangkan.

 

Penutup

Selalunya jika membuat pisang goreng, sis suka menggunakan pisang tanduk kerana rasa manis dan sedap. Serbuk kunyit di letak sedikit untuk menaikkan lagi warna , apabila pisang tersebut siap di goreng. Selamat mencuba.

Boleh juga cuba resepi lain yang sis kongsikan.

Baca sini : Sambal Tempe Kentang Berapi.

 

Tagged:
  • Pisang Goreng Crispy Anti Gagal.

Post navigation

Previous Post Sambal Tempe Kentang Berapi.
Next Post Masjid Tionghoa Melaka Yang Unik.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2026 · Shazylin.com