Tomyam Ayam Kuah Kaw Ala Restoran.
Assalammualaikum dan hai.
Musim sejuk yang sekarang ini , menyebabkan penulis terasa untuk memasak tomyam saja tanpa perlu pening fikir resepi. Al maklumlah, kuah kaw dan pedas di makan dengan nasi panas berserta telur dadar goreng yang di taburi cili api memang terasa nikmat.
Memandangkan selesai menu terebut, jadi tanpa membuang masa penulis membuang perkongsian seperti biasa di blog untuk pembacaan semua.
Apabila di sebut tomyam, ia akan di kategorikan kepada beberapa jenis, ada tomyam ayam, tomyam seafood atau pun tomyam sayur.
Di dalam artikel ini, penulis akan share Tomyam Ayam Kuah Kaw Ala Restoran.
Salah satu sebab kenapa penulis suka tomyam, kerana masakannya mewah denga pelbagai sayur-sayuran, jadi kita tidak perlu membuang banyak masa untuk memasak menu yang lain.
jom kita lihat kupasan mengenai bahan-bahan, cara awalan serta bagaimana untuk memasaknya.
Bahan-Bahan Tomyam Kuah Kaw
- 5 ketul ayam
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang holland (1 biji di kisar, satu biji akan di hiris)
- 5 biji cili api merah
- 1 kuib tomyam
- 2 bungkus pes tomyam
- 1cm halia
- 1cm lengkuas
- 5 helai daun limau purut
- 1 batang serai
- 1 biji tomato
- 1/4 biji kobis bunga
- 1 biji lobak
- 1 bungkus baby corn(jagung kecil-kecil)
- 1 bungkus cendawan panjang-panjang
- air 1 liter
- garam
- ajinomoto
- 3 sudu minyak masak.
Cara Awalan Penyediaan Bahan-Bahan Untuk Masakan Tomyam
Pertama 5 ketul ayam di potong kecil, di cuci dan di toskan airnya.
Kedua, kisarkan bahan-bahan ini:
- 4 biji bawang merah
- 1 biji bawang holland
- 5 biji cili api merah
- 1/4 biji tomato
Ketiga, ketuk-ketukkan 3 bahan ini;
- 1cm halia
- 1cm lengkuas
- 1 batang serai
Keempat, sayur-sayur tomyam di bersihkan dan di potong mengikut kesukaan anda. Antara sayur-sayur tomyam teesebut ialah :
- 1/4 biji kobis bunga
- 1 biji lobak
- 1 bungkus baby corn(jagung kecil-kecil)
- 1 bungkus cendawan panjang-panjang
Kelima, baki tomaato di potong dan 1 biji bawang holland di potong membulat.
Cara-Cara Memasak Tomyam Ayam Kuah Kaw Ala Restoran.
Pertama, panaskan 3 sudu minyak di dalam kuali. Penulis suka masak kalau masakan berkuah guna kuali, sennag nak tengok kuantiti kuah dapat banyak mana.
Kedua, tumiskan bahan yang telah di kisar kemudian, masukkan ayam yang telah di cuci bersih tadi bersama -sama dengan bahan yang telah di ketuk kasar.
Ketiga, apabila ayam telah nampak seperti keputihan, masukkan 2 pes tomyam berserta 1 kiub tomyam dan 1 liter air. Kacau bagi rata,
Keempat, apabila sudah mendidih, masukkan kesemua sayur beserta 5 helai daun limau purut. Kemudian, rasa. Jika tawar boleh letak sedikit garam dan ajinomoto.
Kelima, apabila sudah rasa sedap dan cukup rasa, masukkan baki tomaato di potong dan 1 biji bawang holland di potong membulat. Dan 5 Minit kemudian, boleh di hidangkan untuk di makan bersama dengan telur dadar dan nasi putih yang panas-panas.
sekian, entri resepi kali ini.
Jika anda atau keluarga atau rakan-rakan ada masalah sembelit, penulis sarankan anda gantikan sarapan pagi anda dengan minum minuman coklat anti sembelit darri int3tree. Ianya sangat berbaloi kerana satu-satunya produk minuman coklat yang mengandungi minyak camelina.
ADAKAH ANDA SESEORANG YG MEMPUNYAI MASALAH SEMBELIT? ANDA SUKAKAN MINUMAN COKLAT ANTI SEMBELIT?
JOM AMALKAN MINUMAN COKLAT INT3TREE !
Tekan Untuk Call
Tekan Untuk Whatsapp
Leave a Reply