• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Terung Pipit Goreng Cili Api.

by shazylin
January 5, 2023Filed under:
  • resepi

Terung Pipit Goreng Cili Api.

 

Assalammualaikum dan hai.

 

Apabila di sebut terung pipit, tahukah anda ia mempunyai khasiat yang tersendiri.

 

Antara khasiatnya adalah seperti berikut :

 

 

  • Mengubati sakit kepala
  • Mengubati sengal-sengal badan
  • Taun dan cirit-birit
  • Mengurangkan demam panas- di mana akarnya direbus dan diminum untuk merawat deman panas, pitam dan sawan.
  • Merawat buasir- Caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion
  • Merawat tumit kaki yang pecah . Caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian yang berkenaan.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Buah terong pipit sedap dimasak kari dan dijadikan ulam, dicicah sambal belacan atau budu.
  • Penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga. , Di mana, buahnya ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yg diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga.
  • Merawat kulit kaki yg merekah ataupun bengkak. Caranya ialah  tumbuk lumat2 bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yg bermasalah. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yg bengkak.
  • Masalah jantung berdebar

 

Memandangkan ia banyak khasiat, dan dah alang-alang ada di rumah penulis, jadi entri resepi kali ini adalah berkaitan dengan terung pipit.

 

Menunya yang simple dan sedap di makan bersama ayam goreng atau pun telur mata.

Jom kita lihat resepinya.

 

Terung Pipit Goreng Cili Api.

 

Terung Pipit Goreng Cili Api.

 

 

Bahan-bahannya ialah:

  • 2 genggam terung pipit
  • segenggam cili api
  • setengah genggam ikan bilis
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 3 keping tempe
  • belacan
  • garam
  • ajinomoto
  • asam jawa
  • minyak masak

 

Cara awalan penyediaanya:

 

Pertama, terung di belah dua, di cuci dan di rebus sehingga mendidih. Kemudian, cuci semula dan toskan airnya.

Kedua, bahan-bahan ini di tumbuk :

  • segenggam cili api
  • setengah genggam ikan bilis
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • belacan

Ketiga, tempe di potong , di basuh dan di toskan airnya.

 

Cara memasak:

Pertama, panaskan minyak, kemudian goreng tempe sehingga masak. Apabila sudah masak, angkat dan toskan minyak.

Kedua, lebihan minyak tadi, tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk sehingga naik bau.

Ketiga, masukkan terung pipit, asam jawa, garam dan serbuk ajinomoto. Gaul sehingga rata. Kemudian, tutup api, dan akhir sekali masukkan tempe dan gaul serta siap di hidang.

 

Post navigation

Previous Post Handsock Terbaik Dan Tidak Gatal.
Next Post Pengalaman Ujian Ferritin Masa Trimester Kedua.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com