• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Servis Pendaftaran Baru SSM Online.

by shazylin
July 2, 2022July 6, 2022Filed under:
  • info

Servis Pendaftaran Baru SSM Online.

Bagi yang berminat niaga, anda di galakkan untuk memohon lesen perniagaan SSM. Ini kerana, untuk membuka akaun semasa syarikat, anda perlukan ssm, iaitu lesen perniagaan.

 

Kelebihan Jika Anda Mendaftar SSM.

Ramai diluar sana tidak sedar bahawa pelbagai manfaat yang kita perolehi apabila membuat pendaftaran SSM perniagaan kita dengan SSM lebih – lebih lagi bagi yang memang minat atau serius berniaga walaupun secara kecil-kecilan. Jom kita tengok apa kelebihan daftar perniagaan dengan SSM.

Pertama ialah sebagai pelanggan, sudah tentu mereka akan berurusan dengan perniagaan yang lebih meyakinkan bagi mengelak dari ditipu. Bila perniagaan kita didaftarkan dan ada nombor SSM, sedikit sebanyak memberi keyakinan untuk berurusan dengan kita.

Kedua, apabila syarikat anda sudah mendaftar SSM, kita boleh memohon untuk membuka Akaun Semasa di bank yang kita inginkan. Hal ini kerana ianya lagi senang dan selamat kalau kita dapat asingkan akaun perniagaan dengan akaun peribadi. Perbelanjaan syarikat pun lebih terurus dan dapat mengelakan duit tersebut dari digunakan untuk perbelanjaan harian. Risiko menggunakan akaun peribadi untuk berniaga adalah apabila terlalu banyak transaksi keluar masuk di akaun peribadi, akaun kita boleh dibekukan oleh pihak bank kerana disyaki menjalankan perniagaan menggunakan akaun peribadi.

 

Pendaftaran Baru SSM Online.

Pada zaman teknologi yang semakin canggih ini, segala maklumat hanyalah menggunakan online sahaja.

Jom penulis kongsikan, bagaimana pendaftaran baru ssm online.

Pertama, klik link ini (https://ezbiz.ssm.com.my)

Bagi pendaftaran baru, apabila anda sudah klik link, anda perlu sign up, masukkan kad pengenalan dan nama penuh anda.

Selesai pendaftaran , pemohon perlu pergi ke kaunter SSM yang berdekatan, anda perlu  bawa mykad dan notis pembaharuan yang di terima dari emel yang telah di daftarkan. Anda perlu thumbprint di SSM untuk pengaktifan ID bagi tujuan keselamatan maklumat.

Selesai anda mengaktifkan di kaunter SSM, barulah anda boleh menggunakan EZBIZ ONLINE SSM 

bagi pendaftaran baru serta juag untuk pembaharuan. Caranya cukup dan teramat mudah!.

 

Cara Menggunakan EZBIZ ONLINE SSM Bagi Pendaftaran Baru.

Langkah pertama:

Layari portal ezbiz.ssm.com.my
(a) Masukkan “USERNAME”
(b) Masukkan “PASSWORD” – boleh klik ikon mata jika ingin lihat
kata laluan yang telah ditaip.
(c) Masukkan “VERIFICATION CODE” dan,
(d) Klik “Sign In

paparan seperti di bawah:

EZBIZ ONLINE SSM Bagi Pendaftaran Baru.

 

 

Langkah kedua:

Pergi ke menu dan klik “My Business Services”
(a) Klik “New Business”

EZBIZ ONLINE SSM Bagi Pendaftaran Baru.

 

 

Langkah ketiga:

(a) Sila pilih “Name Type” sama ada;
i. “Trade Name” – Menggunakan Nama Tred.
ii. “Personal Name” – Menggunakan nama sendiri seperti dalam Kad Pengenalan (MyKad/MyPR)

(b) Masukkan “Business Start Date”
(c) Masukkan “Partnership Agreement Date” (jika ada)
(d) Sila pilih “Incentive” (jika berkaitan).
(e) Sila pilih “Registration Period” dengan membuat pilihan bermula
1 tahun hingga 5 tahun.
(f) Pada bahagian “Business Info”, sila pilih samada “Yes” jika
setuju untuk beli info perniagaan, atau “No” jika tidak setuju
untuk beli info perniagaan.
(g) Status akan menunjukkan “DATA ENTRY”.

Paparan seperti di bawah :

Servis Pendaftaran Baru SSM Online.

 

Langkah 4:

Sila pilih:
(a) “Has Branch(es)?” – Pilih klik “YES” jika ada cawangan. Klik “NO” jika tiada cawangan.
(b) ”Is Online Seller?” – Pilih klik “YES” jika perniagaan secara atas talian. Pilih klik “NO” jika tidak berkenaan

Paparan seperti bawah;

Servis Pendaftaran Baru SSM Online.

 

 

Langkah 5:

Bagi part “Main Address” dan “Mailing Address”, anda hendaklah 
(a) Masukkan semua ruangan yang bertanda (*)
(b) Masukkan POSKOD terlebih dahulu, dan senarai “TOWN” akan
keluar.
(c) Jika “Mailing Address” sama dengan “Main Address” tekan
“Copy From Main Address”.
(d) Tekan butang “Next

Paparan seperti di bawah :

Servis Pendaftaran Baru SSM Online.

 

 

Langkah 6:

Jika ada cawangan, maka akan keluar “Branches Information” (hanya terpapar jika klik “YES”)
(a) Masukkan semua ruangan yang bertanda (*)
(b) Klik “Add/Update Branch”.
(c) Sebarang pertambahan cawangan akan dikenakan bayaran
RM5.00 untuk setahun bagi pendaftaran setiap satu cawangan.
(d) Tekan butang “Next”

Paparan seperti di bawah:

Servis Pendaftaran Baru SSM Online.

 

Langkah 7:

Pada bahagian “Business Information”
(a) Nyatakan jenis perniagaan di ruangan “Business Description”
(b) Klik “Add Business Code”.

Paparan seperti di bawah :

 

(c) Isikan jenis perniagaan dalam kotak “Keyword” dan klik “Search”
(d) Pilih “Business Code” yang berkaitan sekurang-kurangnya 1 pilihan dan klik “Add Selected Code”

(e) Setelah selesai, Tekan butang “Next”

Paparan seperti di bawah:

 

Langkah 8:

Pada bahagian “Fee & Declaration”
(a) Semak bahagian bayaran dan tandakan √ di bahagian Deklarasi.
(b) Klik “Preview” untuk membuat semakan akhir.

(c) Setelah selesai membuat semakan, sila klik butang “Submit Payment” untuk proses pembayaran dan pilih mod pembayaran yang berkenaan.
(d) Jika terdapat butiran untuk dikemaskini, sila klik butang “Edit Back”

Paparan seperti di bawah :

 

Jumlah pembayaran SSM Online:

Pendaftaran perniagaan baharu:

  • Nama Peribadi = RM30.00 setahun
  • Nama Dagangan = RM60.00 setahun
  • Perubahan butiran perniagaan = RM20.00
  • Cawangan = RM5 setahun untuk setiap cawangan
  • Penamatan perniagaan :Tiada bayaran diperlukan

 

 

Jika anda malas untuk buat sendiri, selepas anda thumb print di SSM , anda boleh menggunakan khidmat Servis Pendaftaran Baru SSM Online. Mudah dan senang.

 

Servis Pendaftaran Baru SSM Online.

 

 

Hubungi Khidmat Servis Pendaftaran Baru SSM ONLINE Sekarang!

 

Sis Lynn | Servis Pendaftaran Baru SSM ONLINE!

Tekan Untuk Call 

Tekan Untuk Whatsapp

Tagged:
  • Pendaftaran Baru SSM Online.
  • Servis Pendaftaran Baru SSM Online.
  • SSM Online.

Post navigation

Previous Post Ayam Goreng Crispy Anti Gagal.
Next Post Queeny Kurung Batik Exclusive By Sabella.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.
  • Solat Hajat Tengah Malam
  • Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya
  • Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!
  • Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Recent Comments

  • Carlanisa on Koleksi TOP Baju Nikah 2022.
  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Solat Tahajjud Solat Sunat Sering Di Lupai Anak Remaja.

Solat Hajat Tengah Malam

Cara Buat Profil Syarikat Peniaga Kecil Guna SSM Sahaja

Kenapa Profil Syarikat Penting Kalau Nak Produk Masuk Pasar Raya

Bezanya Profil Syarikat vs Proposal Perniagaan – Usahawan Jangan Keliru!

Copyright © 2025 · Shazylin.com