• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Shazylin.com

A Blog By Me

  • Disclaimers
  • Inquiry

Ayam Goreng Crispy Anti Gagal.

by shazylin
July 2, 2022Filed under:
  • resepi

Ayam Goreng Crispy Anti Gagal.

Assalammualaikum dan hai.

Entri resepi kali ini berkaitan dengan menu goreng yang menjadi kegilaan orang ramai.

Bagi penulis, untuk mendapatkan kepuasan di hati sendiri, baik buat sendiri dari kita beli dan bila tidak puas hati akan mula mulut  menggomel komplain itu dan ini, dan seterusnya viral ke media sosial.

 

Seperti biasa, penulis akan senaraikan bahan-bahan masakan, serta cara masakan.

Resepi Ayam Goreng Crispy Anti Gagal.

bahan-bahannya ialah :

  • 8 ketul ayam
  • serbuk kunyit
  • 1 kiub ayam
  • 1 1/2  cawan tepung bestari
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 mangkuk air batu
  • minyak masak

 

Cara Awalan Penyediaan.

Pertama, 8 ketul ayam di potong kecil-kecil. Kemudian bersihkan dan toskan airnya.

Kedua, masukkan 1 sudu kunyit, 1 kiub pati ayam dan potongan ayam, gaulkan sehingga sebati.

Ketiga,sediakan pinggan dan  satukan.

  • 1 1/2  cawan tepung bestari
  • 1 cawan tepung gandum

Keempat, gaulkan ayam dengan tepung tersebut . Selepas gaul, celup ayam yang telah di gaul tepung dengan air batu yang telah di sediakan di dalam mangkuk. Selepas itu, gaul semula ayam tersebut dengan tepung dan celup semula dengan air dan gaul semula dengan tepung. Ulang step ini sehingga ayam habis,

 

Cara Memasak Ayam Goreng Crispy Anti Gagal.

Panaskan minyak di dalam kuali dengan secukupnya.

Masukkan ayam yang telah siap di gaul tadi di dalam kuali.

Masak sehingga ayam warna kekuningan , sudah masak, boleh angkat, toskan dan di hidang di dalam pinggan.

Anda boleh ratah dengan sos sahaja.

Boleh mencuba resepi ini, kerana anda akan berpuas hati dengan hasilnya.

 

Gambar lampiran setiap proses!

Ayam Goreng Crispy Anti Gagal.

gaulkan ayam dengan tepung tersebut . Selepas gaul, celup ayam yang telah di gaul tepung dengan air batu yang telah di sediakan di dalam mangkuk. Selepas itu, gaul semula ayam tersebut dengan tepung dan celup semula dengan air dan gaul semula dengan tepung

 

Ayam Goreng Crispy Anti Gagal.

ayam dalam proses untuk di goreng, menunggu sehingga masak

 

Ayam Goreng Crispy Anti Gagal.

hasil ayam yang telah siap di goreng, terasa crispy dan garing

 

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk semua.

 

Jika anda mencari-cari nutrisi untuk anak-anak anda, boleh lah untuk mencuba Aali Junior.

 

MAHU ANAK ANDA CUKUP IMUNISASI DENGAN HARGA YANG TAK MASUK AKAL? .

 

JOM AMALKAN Aali JUNIOR Dari Int3tree !

Tagged:
  • Ayam Goreng
  • Ayam Goreng Crispy

Post navigation

Previous Post Sejadah HASNURI Exclusive Dan Unik.
Next Post Servis Pendaftaran Baru SSM Online.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.
  • Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.
  • Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.
  • Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.
  • Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Recent Comments

  • Haziq on Gel Mandian Int3tree, Hilangkan Bau Hapak Badan!
  • Pendekar on Makanan Tambah HB Ibu Hamil Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Manfaat Jambu Batu Penuh Nutrisi.
  • Pendekar on Cara Cepat Bersalin. Point Akhir Tak Disangka!.

ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Khidmat Upah Profil Syarikat Terkini.

Ujian Saringan Pendengaran.Pengalaman Bayi Penulis.

Kulit Bayi Radang.Pengalaman Anak Penulis.

Pengalaman Ujian Pap Smear Setelah Bergelar Ibu Kali Pertama.

Bubur Jagung Ringkas Dan Sedap.

Copyright © 2025 · Shazylin.com